Lebih 250 aktivis IKRAM sertai Street Dakwah anjuran MAIS

Seminar Cabaran Da’ie Kontemporari 2012 diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada Sabtu sementara Program Jelajah Keamanan @ Street Dakwah dilancarkan pada Ahad oleh Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa di Masjid Negeri, Shah Alam dan digerakkan di sekitar daerah-daerah di Selangor. Turut hadir dalam pelancaran, YDP IKRAM Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

Antara objektif seminar  adalah untuk  meningkatkan kesedaran cabaran dakwah kepada pendakwah kontemporari, meningkatkan kemahiran dakwah dalam menyampaikan risalah Islam dan mempersiapkan para pendakwah untuk mendekati golongan bukan Islam.

Seminar tersebut berjaya menyuntik semangat para peserta untuk menjalankan dakwah lapangan juga dikenali sebagai “Street Dakwah” yang berlangsung keesokannya di mana sembilan kawasan telah dipilih di sekitar Negeri Selangor.

Lebih 250 aktivis dakwah IKRAM seluruh Selangor menyertai program teori dan praktikal dua hari ini daripada 700 peserta yang hadir. Selain aktivis IKRAM, turut menyertainya ialah aktivis IIS, Kader Dakwah MAIS, MACMA Cawangan Selangor, International Muslim Women’s Union, Skuad Mubaligh Selangor, PERKIM, Islamic Outreach ABIM, Panel Dakwah Muallaf, aktivi dakwah , mahasiswa IPT termasuk mahasiswa USIM Nilai.

Pada Ahad 25 Nov 2012, semua peserta bagi setiap daerah telah berkumpul di tempat yang telah ditentukan berdasarkan perbincangan yang dibuat. Kemudian, peserta akan mula bergerak ke lokasi dakwah masing-masing dalam kumpulan kecil. Antara daerah di Selangor yang terlibat ialah Ampang Jaya, Hulu Selangor, Hulu Langat, Gombak, Kuala Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Subang Jaya termasuk Nilai, Negeri Sembilan.

 

PENGALAMAN DAKWAH STREET DI BEBERAPA DAERAH

Ampang Jaya

Selepas mendengar taklimat daripada fasilitator di Masjid Al-Azim Pandan Indah, peserta berlepas ke beberapa lokasi; Spectrum, TESCO Ampang , Ampang Point, Pandan Capital dan Hospital Ampang Puteri. Dakwah Street tamat pada jam 4.00 petang dengan pelbagai perkongsian pengalaman peserta, termasuk pengalaman manis mengenai pengislaman seorang ahli perniagaan berbangsa Cina berumur 76 tahun.

Foto: Ampang Jaya dan Kuala Langat (gambar 3)

Kuala Langat

Selepas taklimat ringkas, team Street Dakwah disusun ke 6 lokasi ke kedai-kedai dan pasaraya sekitar pekan Banting. Peserta telah menemui lebih 200 responden sepertimana bilangan yang disasarkan, hanya  57 responden yang bersedia memberikan maklum balas dalam borang yang disediakan. Pemerhatian awal, kebanyakan responden menolak untuk ditemubual. Sebahgian besar responden selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Gombak

Peserta Street Dakwah disertai  45 orang dan dipecahkan kepada lima lokasi iaitu di sekitar Pasaraya Ong Tai Kim, Festival City, Selayang Mall, Pasaraya NSK City Selayang dan Pasaraya Giant Batu Caves. Sebelum aktiviti Street Dakwah praktikal dijalankan para sukarelawan telah dikumpulkan di Masjid As-Syarif, Simpang 3 Gombak jam 9.00 pagi untuk menyiapkan beg-beg yang akan dihadiahkan kepada para responden.

Setiap beg diisikan biskut, 3 risalah berbahasa Melayu, 3 risalah berbahasa Inggeris dan 1 pelekat kereta. Lebih 800 beg telah disiapkan. Penyediaan beg-beg disiapkan dalam masa satu jam dan dalam jam 10.15 pagi semua peserta berlepas ke lokasi yang masing-masing ditugaskan.

Hasil daripada Street Dakwah, sebanyak 264 borang kajiselidik telah dikembalikan. Terdapat 2 orang responden yang sangat hampir untuk menerima syahadah. Mereka akan disantuni selepas ini kerana sikap keterbukaan yang sangat positif. Sebelum beredar para peserta telah dikumpulkan semula di Masjid As-Syarif untuk sesi perkongsian pengalaman aktiviti yang telah dijalankan. Para peserta bersurai sebelum masuk waktu Asar.

Foto: Gombak, Shah Alam dan Klang

Shah Alam

Seramai 29 peserta telah berkumpul di Masjid Negeri, Shah Alam. Peserta diberikan barang-barang berupa beg, pelekat kereta, snek, beberapa pamflet dan borang kaji selidik. Setiap peserta dikehendaki membawa 20 beg yang berisi barang-barang tersebut untuk diberikan pada responden.

Peserta diagihkan ke empat lokasi iaitu Sri Muda, Kota Kemuning, Space U8 TTDI Jaya dan Setia Alam. Kebanyakan bangsa India memang memberi respon yang baik untuk disantuni berbanding bangsa Cina yang memang sukar untuk disantuni  dan memerlukan kemahiran tersendiri untuk didekati. Ada juga responden berbangsa Kadazan dan Iban dari Sabah yang memberi respon yang baik. Beberapa responden juga ada yang berpotensi untuk syahadah sekiranya rajin didekati selepas ini.

Klang

Seramai 42 peserta dari Klang berkumpul di Shah Alam dan bergerak ke 6 lokasi iaitu TESCO Setia Alam, Klang Parade, JUSCO Bandar Baru Klang, Bandar Klang, TESCO Pandamaran, Giant Bandar Botanic dan Pusat Beli Belah AEON. Hampir 400 responden ditemui dan lebih 180 yang mahu mendengar dan terlibat dengan kaji selidik, yang lainnya menolak untuk mendengar.

Pengalaman menarik peserta ialah ada yang dihalau daripada premis perniagaan, ada yang guna pakai dan buka kaunter yang sedia ada, ada yang diminta tunjukkan permit mengedar bahan, ada yang diminta surat kebenaran dan sokongan, ada yang kenderaan mereka pancit tayar sebelum sampai ke medan dan ada yang bertemu responden yang sokong serta ingin hudud dilakasanakan.

Hulu Selangor

Seramai  45 peserta Street Dakwah dan dibahagikan kepada beberapa lokasi. Dengan hidayah Allah, seorang India telah memeluk Islam di lokasi TESCO Bukit Beruntung. (Gambar kanan – keratan akhbar Sinar Harian 28 November 2012 sekitar dakwah di Hulu Selangor)

Nilai

Peserta Street Dakwah USIM Nilai (gambar kiri) bergerak ke lima lokasi iaitu TESCO Nilai, Giant, INTI College, KTM Nilai dan Semarak untuk membuat kajian berkenaan persepsi masyarakat non-Muslim tentang keamanan sejagat dan mengharapkan dapatan kajian tersebut akan mengwujudkan lebih banyak persefahaman antara pelbagai bangsa dan agama ke arah masyarakat yang harmoni.

Pelbagai respon yang diterima daripada responden dan semestinya pengalaman tersebut amat berharga untuk mengorak langkah lebih jauh dalam dakwah kepada non-Muslim. Di samping itu, para peserta juga dapat menghayati hakikat dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana ketika mengedarkan risalah dan borang kajian, ada yang memberi respon yang positif dan ada juga yang berpaling.

HARAPAN

Semoga usaha MAIS, IKRAM Selangor, IIS dan beberapa NGO Islam dalam menjalankan Dakwah Street memberi respon positif non-Muslim terhadap Islam sehingga ada responden yang memeluk Islam dan ramai responden yang berminat untuk mendalami Islam. Usaha proaktif sebegini perlu digembleng dari masa ke semasa supaya lebih ramai non-Muslim berminat memeluk Islam dengan cara dakwah yang santai, harmoni dan berhikmah insya-Allah.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia