Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
39 Guru Besar dan Pengetua Sekolah IKRAM-Musleh Menghadiri MGBSIM
Seramai 39 delegasi guru besar dan pengetua daripada Sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM-Musleh menghadiri Mesyuarat Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) sesi 1/2015 yang diadakan di Penview Hotel pada 27 hingga 29 Januari yang lepas.
Buat julung kali, mesyuarat tiga kali setahun ini dibuat di Kuching sejak MGBSIM ini ditubuhkan pada tahun 1996.
Sepanjang mesyuarat tiga hari ini, pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah perkongsian kejayaan Perkhemahan Nasional KRS Musleh (PRINT) 2014 dan cabaran Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Wakaf Baru Kelantan mengurus sekolah yang rosak akibat musibah banjir baru-baru ini.

Mukhayyam Tarbawi IKRAM WP Gabung Latihan Hadapi Bencana dan Tarbiah Rabbani
PORT DICKSON – Mukhayyam Tarbawi IKRAM Wilayah Persekutuan (WP) yang telah berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari lalu di Brindley Training Camp di sini mengambil pendekatan berbeza dengan menekankan latihan kemahiran menyelamatkan orang ramai yang lemas dan mengalami kecederaan di air dan di darat.

MUKIM tingkat kualiti kepemimpinan belia Islam
PULAU PINANG – Program Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) Zon Utara telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pada Sabtu 24 Januari lalu.
Banjir – Menilik Hikmah Di Sebalik Musibah
Pada penghujung tahun lepas, negara kita dikejutkan dengan banjir luar biasa yang berlaku di beberapa buah negeri terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini pula, giliran negeri Sarawak pula yang dilanda banjir. Beberapa buah bahagian terutamanya Kuching, Samarahan dan Limbang terjejas teruk. Lebih 10000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan.
Dalam musibah banjir ini, kita dapat melihat bahawa banyak harta benda musnah dalam sekelip mata. Lebih menyedihkan, ada yang kembali ke rumah masing-masing selepas banjir surut mendapati rumah mereka telah tiada. Tidak kurang juga, ada yang menghadapi kehilangan ahli keluarga yang tercinta.
Dunia Hanya Permainan, Usah Tertipu Dengannya
Sepertimana sebentarnya keindahan matahari memancarkan cahayanya pada siang hari, sekejapnya kecantikan sinar bulan pada malam harinya, begitu jugalah sifat sementara dunia dan kecantikannya. Tidak dapat dinafikan, dunia ini begitu mengiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Keindahannya memukau, sehingga begitu ramai yang tergoda padanya. Harta yang banyak, rumah banglo yang tersergam megah, kereta yang mewah, pangkat yang tinggi, siapa yang tidak terpukau dengannya?
Namun begitu, dunia ini adalah keindahan yang memperdaya dan ramai yang terjerat dengan keindahannya.
i-Bantu Bintulu Prihatin, Anjur Jualan Amal untuk Mangsa Banjir
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia terutamanya di Pantai Timur.Banjir yang berlaku kali ini amat luar biasa dan dahsyat berbanding banjir-banjir yang pernah berlaku sebelum ini. Ramai keluarga yang terjejas teruk disebabkan banjir ini dan sangat memerlukan sokongan daripada pelbagai aspek termasuklah aspek psikologi, sosial dan fizikal untuk bangkit dan memulakan kehidupan baru.
Justeru, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan Jualan Amal Barangan Terpakai di Bintulu Car Boot Sale pada 4 dan 11 Januari yang lepas bagi mengumpul dana bagi mangsa yang terjejas kerana banjir. Jualan diadakan di Terminal Bas 1 Malaysia Bintulu.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co