Dunia Hanya Permainan, Usah Tertipu Dengannya

 

Ia selari dengan firman Allah dalam Surah al-Hadid ayat 20,

‘Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan).’

Natijah daripada cinta dunia ini, lahirlah manusia yang mempunyai sifat-sifat yang menjengkelkan. Kecintaan kepada dunia menjadikan seseorang itu menjadi sombong dan bongkak lalu mengabaikan hak dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Kita Ibarat Pengembara

Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah memegang bahu saya seraya bersabda:

‘Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara.’ Ibnu Umar berkata: ‘Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk persiapan saat sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu.’

Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Kita di dunia yang bersifat sementara ini ibarat seorang pengembara yang akan menuju ke suatu destinasi iaitu negeri akhirat yang kekal selamanya. Maka seorang pengembara itu seharusnya tidak terleka dengan keindahan tempat persinggahan iaitu dunia dan lalai dengan keindahannya. Pengembara juga tidak seharusnya lupa bahawa tujuan ia singgah sebentar di persinggahan dunia adalah untuk mencari bekal semata-mata. Bekal yang dimaksudkan tentulah amal soleh yang akan dipersembahkan.

Namun, ramai yang lupa akan hakikat ini. Dunia ini yang sepatutnya dijadikan medan berlumba-lumba untuk mengumpul bekal amal soleh telah bertukar menjadi medan mengumpul harta dan kekayaan. Harta adalah segala-galanya dalam hidup mereka.

Harta Sebagai Alat

Allah tidak pernah melarang umatnya untuk mengumpul harta. Tidak sama sekali. Akan tetapi, harta yang kita ada itu hendaklah digunakan sebaik-baiknya. Kitalah yang sepatutnya mengawal harta tersebut, bukan harta tersebut yang mengawal tingkah laku dan tindakan kita.

Jika kita menelusuri sirah para sahabat Rasulullah SAW, ramai sebenarnya di antara mereka yang kaya raya seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al-awwam dan hatta isteri baginda sendiri, Khadijah binti Khuwailid juga seorang yang kaya raya. Namun, biarpun mereka memiliki kekayaan harta, tetapi jiwa mereka tidak terbelenggu olehnya. Malah mereka memanfaatkan harta yang ada untuk membantu perjuangan Rasulullah SAW untuk menyampaikan Islam pada waktu tersebut.

Kita juga seharusnya begitu. Kita harus sedar, apa yang ada pada kita tak kira harta, keluarga, anak-anak, rumah yang besar, kereta yang mewah dan segala macam aset itu adalah pinjaman semata-mata. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya menurut kehendak Sang Pemberi Pinjaman tersebut. Uruskanlah harta kita dengan baik, agar harta itulah yang akan menjadi penyebab kita ke syurga-Nya bukan sebaliknya.

Menjaga hati daripada cinta dunia

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi penyakit cinta dunia. Antaranya:

1. Zuhud terhadap dunia

“Zuhudlah di dunia maka Allah mencintai kalian dan zuhudlah atas apa-apa yang ada pada sebahagian manusia, maka kamu akan dicintai mereka” (HR Ibnu Majah)

2. Mengingati mati

“Teruslah mengingati mati, kerana hal tersebut akan mengesampingkan kesenangan dunia.” (HR Tirmizi)

3. Hidup seperti orang asing

“Jadilah engkau hidup di dunia seberti orang asing (musafir).” (HR Bukhari)

4. Mengingati bahawa akhirat sahaja yang kekal abadi

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut:64)

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia