Mukhayyam Tarbawi IKRAM WP Gabung Latihan Hadapi Bencana dan Tarbiah Rabbani

Pendekatan ini mengambil kira kejadian bencana alam seperti banjir yang menimpa ummah sejak akhir-akhir ini dan diterapkan secara bersepadu dengan objektif asas Mukhayyam iaitu menguatkan jiwa Rabbani para pendakwah dan memantapkan amal jamai’.

Mukhayyam ini berjaya mengumpulkan seramai 75 orang Ahli Aktif dan Ahli Teras dari lima daerah IKRAM WP iaitu Putrajaya (22), Setiawangsa (20),  Bandar Tun Razak (12), Batu (13) dan Lembah Pantai (8) termasuk 14 orang ahli jawatankuasa Mukhayyam.

Mukhayyam yang bertemakan “Jadilah Hamba Allah yang Rabbani” (Kuu nuu rabbaniyyin) turut memilih tiga daripada 10 Rukun Baiah sebagai objektif umum yang ditekankan sepanjang Mukhayyam iaitu rukun Ikhlas, Pengorbanan (tadhhiyah) dan ukhuwwah. Para peserta turut membincangkan asas-asas baiah ini dalam diskusi bersama para penceramah dan dituntut untuk diterjemahkan secara praktikal.

Ceramah Ustaz Hairozi, Ustaz Zamri dan Dr Nik Abdul Rahim

Suasana di Brindley Training Camp menjadi hidup dan segar seawal 4.30 pagi hingga 11.30 malam di mana para peserta dikehendaki pada setiap masa menjaga niat dan hubungan dengan SWT menjaga disiplin dan kepatuhan masa, menguatkan ta’ruf sesama peserta dan menguatkan perhubungan dengan ketua kumpulan dan qiadah.

Peserta juga perlu mematuhi arahan musyrif dan komandan kem, berusaha sedaya dalam aktiviti fizikal, melupakan sebentar hal keduniaan yang lain dan mencatat setiap yang dipelajari dalam Mukhayyam untuk manfaat sepanjang jalan dakwah.

Mukhayyam Tarbawi ini di bawah pengarahan Hj Hussein Mohd Kari dengan Timbalannya ialah Dr Zainal Fitri Zakaria yang dibantu oleh 10 orang ahli urusetia yang lain dan di bawah kendalian Komandan Kem, Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta.

Latihan menyelamat dan berakit

Pengarah Pusat Perubatan Bencana, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Prof. Madya Dr Mohd Ikram Mohd Salleh yang juga ahli IKRAM Putrajaya telah memimpin latihan menyelamatkan mangsa kecederaan di air dan kemalangan lain dalam bencana alam secara am.

Untuk tokoh ummah yang perlu dikaji dan dibedahsiasat akan perjalanan hidup untuk dijadikan pengajaran oleh para setiap peserta, Mukhayyam memilih Mursyid Am Ikhwan Muslimin yang ketiga iaitu Syeikh Umar At-Tilmisani.

Sepanjang Mukhayyam, para peserta dikehendaki menghafal, bertadabbur dan memahami makna ayat-ayat surah al-Furqan dari ayat 63 hingga 77. Ayat pilihan Mukhayyam ini yang menjelaskan sifat-sifat hamba (Allah) ar-Rahman (Ibadur Rahman) yang diredhai-Nya.

Para penceramah jemputan yang menyampaikan kuliah secara berinteraksi  antaranya Ustaz Muhamad Hairozi Mohamad, Ustaz Zamri Abdul Rahim, Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar, Ustaz Abdul Rahim Yusuf dan Dr Nik Abdul Rahim Nik Wajis.

 

Foto Mukhayyam:

1. Hari 1: http://on.fb.me/1uVWrbo

2. Hari 2: http://on.fb.me/1uVWxzU

3. Hari 3a: http://on.fb.me/1EEVpcq

4. Hari 3b: http://on.fb.me/1LKbejX

5. Hari 3c: http://on.fb.me/1u5lrSk

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia