Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Cinta Fotokopi di SMK Greenroad : Beri Pendedahan Tentang Bahaya Zina
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan anak luar nikah. Tidak lama sebelum itu, Malaysia turut digemparkan dengan penemuan bayi yang dikerat kepada 15 bahagian. Ini cukup membuktikan gejala zina dan buang bayi di Malaysia semakin meruncing.
Justeru atas kesedaran ini, IKRAMTeens Kuching dan IKRAMTeens Kota Samarahan dengan kerjasama SMK Green Road menganjurkan Program Cinta Fotokopi di SMK Green Road pada 15 Ogos yang lepas. Program ini mensasarkan kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut dan dihadiri oleh 40 orang peserata.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahana zina kepada para pelajar sekaligus memberi kefahaman tentang had dan etika pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Sambutan Hangat Perkhabaran Dari Gaza Bukti Warga Betong Prihatin
Pada 15 dan 16 Ogos yang lepas, MyCARE Sibu telah berkunjung ke Betong bagi melaksanakan dua program perkongsian mengenai Palestin bertajuk Perkhabaran Dari Palestin. Perkongsian pertama dilakukan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek Betong manakala perkongsian kedua pula selepas Solat Subuh bertempat di Surau Kolej Vokasional Betong.
Saudara Fadly Bin Hasbi, salah seorang anak kelahiran Sarawak yang terpilih sebagai salah seorang peserta Misi A2G12-ER ke Gaza pada 2013 dijemput khas untuk menjayakan perkongsian ini. Pendekatan beliau yang santai namun berfokus telah berjaya menarik perhatian pendengar pelbagai lapisan usia. Kempen-kempen berkaitan Palestin seperti Back to School dan Tajaan Anak Yatim Palestin (AYP) turut menjadi antara kandungan perkongsian.
Kursus Pengurusan Bencana Anjuran MyCARE Sarawak
Penubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) secara rasmi pada awal 2015 telah menggabungkan semua agensi-agensi di bawahnya iaitu Aqsa Syarif, Ikram4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara Care(NICE) dan Palestine Centre of Excellent (PACE).
Para aktivis MyCARE sendiri telah lama terlibat secara aktif di dalam aktiviti kesukarelawanan, khidmat sosial dan misi-misi kemanusiaan sama ada melalui agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Kini MyCARE telah melangkah lebih jauh dengan melebarkan lagi dimensi aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan.
Peranan MyCARE tidak lagi terhad kepada advokasi, pengurusan dana dan bantuan ke tempat-

Di Sebalik Kesusahan
Jika dipandang sekali imbas, kita dapati ada manusia yang senang hidupnya, ada pula yang susah. Namun, jika diamati dengan lebih teliti kita akan dapati setiap
IKRAM Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI SARAWAK 5 Ogos 2015 | 20 Syawwal 1436H
IKRAM Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) cawangan negeri Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan pada 1 Ogos 2015 yang lalu.
Sesungguhnya pengisytiharan ini merupakan satu langkah yang bijak, strategik dan amat bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu dalam kepelbagaian kaum dan agama penduduk di negara ini serta menjadi formula utama kepada kemakmuran dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Pengisytiharan ini selaras dengan gagasan perpaduan kaum dan agama yang dianjurkan oleh agama Islam sepertimana yang dinyatakan melalui firman Allah Taala dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud;
Peranan Warganegara ; Jadilah Warganegara Yang Mempunyai Peranan
Sebagai warganegara, selain daripada kita perlu menuntut hak kita sebagai rakyat, kita harus menyedari akan peranan dan tanggungjawab kita terhadap negara.
Kita juga harus menerapkan rasa cinta akan tanah air dan bersedia untuk mempertahankannya sekiranya maruah dan keamanannya dirobek. Perasaan cinta kepada tanah air telah diperlihatkan dengan jelas oleh suri teladan sepanjang zaman, Nabi Muhammad saw, melalui peristiwa penghijrahan baginda ke Kota Madinah. Ketika hendak meninggalkan Kota Mekah, baginda memandang ke arah kota itu dan menyatakan betapa baginda sangat mencintainya.
Ternukil kata-kata baginda, melalui sabdanya;

Majlis Jalinan Mesra Sempena Aidilfitri IKRAM Johor 2015
Foto di sekitar Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Pertubuhan Ikram Negeri Johor yang diadakan di Kompleks Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru pada 1 Ogos 2015.
Rumah Terbuka – Eratkan Silaturahim Dan Tingkatkan Keharmonian Kaum
Hari Raya merupakan hari untuk meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Pada waktu beginilah ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi saudara mara.
Keluarga yang duduk berjauhan juga biasanya mengambil peluang ini untuk berkumpul untuk bermaafan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang hari raya ini untuk berkumpul semula dengan kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu dan bercerita tentang perkembangan masing-masing.
Selain itu, sambutan Aidilfitri ataupun mana-mana perayaan di Malaysia amat unik. Ia sangat
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co