Sambutan Hangat Perkhabaran Dari Gaza Bukti Warga Betong Prihatin

Menurut Cikgu Kun yang merupakan Pengerusi Masjid Jamek Betong, kehadiran yang memberangsangkan daripada para penduduk Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir dan kampung sekitar yang lain mencerminkan kesungguhan warga Betong untuk turut sama berperanan dalam perjuangan mempertahankan Palestin. Oleh yang demikian, penglibatan yang berterusan diharap dapat diteruskan dalam program-program yang akan datang.

Di Kolej Vokasional Betong perkongsian difokuskan kepada warga kolej yang terdiri daripada pelajar dan guru. Kesediaan Tuan Pengarah Kolej Tuan Haji Sahran Haji Amin untuk menerima kunjungan pihak MyCARE Sibu ini mencerminkan kesungguhan pentadbiran kolej menjadikan lepasan kolej vokasional turut cakna isu semasa. Menurut Tuan Pengarah setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu sebelum terjun ke alam perkerjaan. Bagi tujuan itu MyCARE Sibu sedia untuk terus bekerjasama dengan pihak kolej bagi memberikan yang terbaik dari aspek sahsiah dan kerohanian.

Selain perkongsian mengenai Palestin, pihak MyCARE Sibu turut membuka peluang kepada para pendengar untuk turut sama menyumbang. Jualan amal turut dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya terutamanya Jawatankuasa Masjid Jamek Betong dan Pentadbiran Kolej Vokasional Betong. Semoga kerjasama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang.

Untuk makluman pembaca, hasil kutipan derma yang diperoleh menerusi program MyCARE selama ini berjumlah adalah RM52 juta. Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan program terkini MyCARE boleh didapati menerusi http://www.mycare.org.my/ dan FB Aqsa Syarif – Mycare Sarawak. Untuk permohonan program seperti ini di tempat anda, silalah berhubung terus dengan Pengurus MyCARE Sarawak En. Husbi Mahdi (01115329729) atau En. Fadly Hasbi (0165833414).

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia