Di Sebalik Kesusahan

Kesulitan

Jika dipandang sekali imbas, kita dapati ada manusia yang senang hidupnya, ada pula yang susah. Namun, jika diamati dengan lebih teliti kita akan dapati setiap orang ada melalui saat-saat susah dan senang, derita dan bahagia. Cuma perspektif bahagia dan derita itu mungkin berbeza, tidak sama antara yang miskin dan yang kaya. Adakalanya jika dilihat dari jauh, seorang itu dilihat senang dan bahagia, namun realitinya jauh berbeza. Dia mungkin banyak wang dan kaya dengan harta tapi hidupnya sengsara. Ada pula yang sebaliknya. Ada juga manusia yang miskin dan sengsara hatinya. Pelbagai keadaan boleh berlaku pada setiap individu bergantung pada realiti kehidupan masing-masing.

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :

(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat al-quran ini mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dugaan dalam usaha yang sedang dilakukan. Ada kalanya kesukaran yang terpaksa dilalui itu amat mencabar dan menggoncang keimanan. Namun Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa di sebalik kesusahan itu ada kemudahan. Benar, setelah penat berusaha memerah otak dan tenaga, kejayaan dicapai. Pengorbanan ibu-bapa yang bekerja keras dan membelanjakan harta untuk pendidikan anak-anak mereka menghasilkan generasi yang lebih terpelajar dan mempunyai tahap sosio-ekonomi yang lebih baik dari mereka. Kesulitan mereka digantikan oleh Allah s.w.t. dengan kemudahan.

Namun ada kala ianya seolah-olah tidak begitu. Mengapa ada orang yang terpaksa menempuh kesusahan demi kesusahan seolah-olah tiada penghujung? Ada yang sakit menderita, tak sembuh, sembuh. Mengapa begitu? Mungkin ada orang yang cenderung mengatakan ayat di atas tidak boleh diaplikasi dalam sesetengah situasi sehingga mungkin ada yang tidak yakin dengan janji Allah itu.

Sahabat,

Kita perlu mendidik hati kita supaya sentiasa percaya dan yakin kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah dalam al-Qur’an. Tidak mungkin Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya itu memungkiri janji. Pernahkah kita terbayang bahawa Tuhan Yang Maha Mengetahui itu memahami apa yang akan berlaku kepada diri kita jika kesenangan itu didatangkan serta-merta selepas kesulitan. Mungkin jika kita diberi kesenangan itu, kita akan hanyut lalai, menjadi angkuh dan sombong sehingga tidak lagi mentaati Allah. Tidakkah mungkin Allah yang menyayangi kita memberikan keputusanNya itu untuk kebaikan diri kita juga? Lalu kesenangan itu ditangguhkan diberi kemudian nanti, di saat yang lebih sesuai sama ada semasa kita masih hidup maupun setelah kita mati.

Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah azzawajalla dan sentiasa berharap padaNya. Dia yang Maha Mengetahui. Dia juga Yang Maha Pengasihani. Dia Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah. Dengan semua sifat-sifat itu sudah pasti apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk ketika itu. Beryukurlah dan redhalah dengan segala pemberian Tuhan Yang Maha Kaya.

Nukilan asal: Prof. Dr. Arshad Ahmad
Hidup Suatu Pendakian

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia