Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

At-Taghabun: Perisai Menghadapi Fitnah Dunia
Ahad, 6 Disember 2015 – Telah berlangsung program Bicara Pagi yang bertajuk “Bekalan Menghadapi Fitnah Dunia – Tadabbur dari Kacamata Surah At Taghabun” di Surau Darul Falah, Taman Berjaya, Gombak.
Slot yang bermanfaat yang dihadiri oleh 40 orang ini disampaikan oleh Ustazah Dr Sofia Shamsuddin, pensyarah Kulliyyah Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Ceramah Untukmu Palestin Sempena Karnival JOM HEBOH Peringkat Sekolah
KOTA TINGGI, 30 Oktober 2015: Satu ceramah Untukmu Palestin telah berlangsung bersempena dengan Karnival JOM HEBOH Peringkat Sekolah sekaligus mempromosikan Kempen Kesedaran & Kesukarelawanan MyCARE

Anak Yatim Tanggungjawab Bersama
Anak yatim adalah amanah Allah kepada umat. Banyak tempat didalam al-Quran dan hadis menyebut tentang pembelaan terhadap anak yatim. Didalam surah ad-Dhuha contohnya, Allah melarang perilaku tidak adil terhadap yatim.

Solat: Tunaikan Walaupun Sukar
Ahad, 4 Oktober 2015 – Kursus Cara Solat Orang Sakit dan Musafir di Surau Al-‘Izzah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta, melebihi pendaftaran awal melalui whatsapp iaitu seramai 70 orang. Seperti aktiviti-aktiviti Surau Al-‘Izzah lain yang bersifat inklusif, kursus separuh hari (8:30 pagi – 1:00 ptg) ini turut disertai oleh peserta dari luar, antaranya dari Selayang, Taman Melati, Taman Keramat dan Kepong.

Menangi Hati Sebelum Menangi Pemikiran
19 September 2015, Sabtu – Datin Paduka Che Asmah dalam Konvensyen Dakwah Nasional IKRAM mengajak pada pendakwah agar melihat golongan sasaran dengan pandangan rahmah dan bersifat lemah lembut.

Perkhemahan Belia Sibu
SIBU – Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Sibu mengadakan Perkhemahan Belia Sibu 2015 bertempat di Pantai Belawai Sibu pada 11-13 September 2015 yang lalu.
Perkhemahan yang mensasarkan belia lelaki di sekitar Sibu berobjektifkan untuk memberi kesedaran tentang peranan dan tugas setiap orang sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Pelbagai aktiviti yang menarik turut dilaksanakan seperti pengisian bertajuk ‘Ini Sejarah Kita’, ‘Ini Peranan Kita’, War Game, BBQ dan slot Motivasi Perubahan.

Charity WASH 2.0: Mencuci Sambil Menyumbang
12 September 2015, Sabtu – #ProjekPRIHATIN menganjurkan cucian amal (Charity Wash 2.0) buat kali kedua.
Bertempat di Surau al-Ihsan Taman Desa Minang, Gombak, cucian amal ini bertujuan mengumpul dana bantuan kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha.

Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Sarawak 2015 – ‘Menggilap Potensi, Mendidik Generasi’
MIRI – Muktamar Kepemimpinan Belia Islam (MUKIM) Sarawak 2015 melabuhkan tirainya pada 5.30 petang, 5 September yang lalu. Bertemakan ‘Menggilap Potensi, Mendidik Generasi’, program ini mensasarkan kehadiran belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dari pelbagai institusi di sekitar Miri, Sarawak. Seramai 40 orang belia Islam dari pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan di sekitar Miri yang hadir.
Program diadakan bertempat di Masjid at-Taqwa, Miri ini merupakan anjuran WAMY Malaysia dengan kerjasama HIKMAH, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Unit Saudara Kita dan Masjid at-Taqwa.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co