Anak Yatim Tanggungjawab Bersama

Make Them Smile projekprihatin

Namun masyarakat pada hari ini tidak bersama-sama melihat anak yatim sebagai suatu kewajipan sosial. Ramai yang menyangka hak anak yatim ialah tanggungjawab jabatan atau organisasi tertentu.

Justeru Belia IKRAM daerah Batu melalui inisiatif sukarelawan #projekPRIHATIN menganjurkan program Make Them SMILE. Program ini ialah kesinambungan daripada program Charity WASH 2.0 dimana wang hasil cucian amal disumbangkan ke Rumah Perlindungan al-Nasuha, Pinggiran Batu Caves.

Program ini diadakan bertujuan membuka peluang kepada masyarakat khususnya belia untuk menyumbang tenaga membantu anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik. Sambutan kali ini sangat menggalakkan sehingga berjaya menarik 20 orang sukarelawan baru.

make them smile: sukaneka projekprihatin

Program Make Them Smile ini diceriakan dengan sukaneka yang disertai tidak kurang 50 orang peserta dari Rumah Perlindungan Al-Nasuha. Selesai sukaneka dan solat Zohor, penganjur menyampaikan sumbangan kepada rumah tersebut.

Di samping itu, IKRAM Daerah turut merancang untuk mengadakan program susulan agar usaha-usaha kebajikan dan kemasyarakatan di sana sentiasa berterusan. Orang ramai yang berminat untuk menyertai pasukan sukarelawan bolehlah melawati Facebook #projekPRIHATIN.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia