Solat: Tunaikan Walaupun Sukar

Kursus anjuran bersama Persatuan Khairat Kematian Taman Samudera Mitra Delphina (PKKTSMD), Surau Al-‘Izzah dan KRT Taman Samudera A Fasa 1 ini dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nazar Ibrahim dari Hal Ehwal Islam, Cawangan Tadbiran Am, Bahagian Pengurusan, Hospital Kuala Lumpur.

Al-Fadhil Ustaz Nazar memulakan kursus dengan penerangan mengenai kepentingan solat seperti firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang ditentukan waktunya”. Solat 5 waktu adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan selagi seseorang itu berakal. Kewajipan solat tetap dituntut sekalipun dalam keuzuran atau masyaqqah atau sakit, wajib dikerjakannya mengikut keupayaannya. Penyampaian santai penceramah dengan bantuan slaid yang baik memudahkan kefahaman peserta mengenai solat ketika sakit dan musafir.

Pada akhir kursus, semua peserta mendapat sijil penyertaan. Pihak penganjur akan mengadakan satu lagi kursus susulan kepada kursus ini yang menekankan aspek praktikal dan sesi soal jawab yang lebih panjang masanya. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat. [Foto oleh: Muhammad Tauhid Salimin]

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia