Afifah merupakan mahasiswa tahun lima jurusan perubatan (MBBS) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga aktivis Belia HARMONI Kuantan.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Februari 1994, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Sekretariat Perhubungan Awam dan Penglibatan Masyarakat dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM .
Antara pencapaian beliau ialah pernah menerima anugerah ‘Best SRC Leader Award’ dan ‘Outstanding Leader Award’ dalam majlis IIUM Student Activity Award 2018. Selain itu, beliau juga ialah Pengurus Program ‘Budi Mission to Cambodia’ dan ‘Leadership Beyond Borders Sydney’.
Majlis Anugerah Tokoh Siswa diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian mahasiswa dan ketokohan mereka dengan pembabitan aktif program berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sebanyak 15 anugerah dipertandingkan mencakupi pelbagai aspek seperti kepimpinan, kesukarelawanan, kebudayaan, keusahawanan dan lain-lain.
Menurut Afifah, mahasiswa seharusnya menggunakan platform yang betul dan perlu sentiasa membuat kebaikan dalam apa jua cara mengikut kapasiti masing-masing.
Tahniah kepada Afifah. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang untuk agama, negara dan masyarakat serta menjadi contoh yang positif kepada mahasiswa lain, insya-Allah.