Aidilfitri: Cara Berbeza Umat Islam Sambut Hari Raya

Aidilfitri: Cara Berbeza Umat Islam Sambut Hari Raya | IKRAM

Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam sebagai tanda meraikan kemenangan setelah sebulan berjaya mentarbiah diri dalam madrasah Ramadan.

Ia adalah kejayaan yang terhasil melalui akhlak yang terbina dan kemampuan untuk konsisten beramal sebagaimana tekunnya beramal pada bulan Ramadan yang lalu.

Maka, kegembiraan kemenangan ini sering terzahir melalui sambutan yang dipenuhi keceriaan gelak tawa, menghiasi rumah, pemakaian baju terbaik, ziarah-menziarahi dan ucapan doa kepada keluarga serta sahabat handai.

Takbir akan bergema di seluruh surau dan masjid setiap kali selesai solat pada 1 Syawal sebagai tanda kemenangan dan membesarkan keagungan Tuhan.

Sambutan Aidilfitri merupakan antara perayaan besar bagi umat Islam selain Aidiladha di seluruh dunia. Cara sambutan Aidilfitri bergantung pada budaya dan adat resam masyarakat setempat. Berikut adalah perbezaan sambutan Aidilfitri di beberapa negara di seluruh dunia.

Di negara-negara Arab, sambutan hari raya biasanya berlangsung selama tiga hari. Pakaian tradisi yang dipakai adalah jubah bagi lelaki dan abaya bagi wanita.

Seperti kebanyakan tempat, mereka akan berkunjung ke rumah sahabat handai dan saudara mara sambil menikmati makanan tradisional seperti kenan, thareed dan daging panggang. 

Sering kali juga masyarakat setempat meletakkan sajian makanan yang banyak dan pelbagai lagi pemberian secara rahsia di depan pintu rumah mereka yang memerlukan sebagai tanda berkongsi kegembiraan.

Pada perayaan ini, kebiasaannya kanak-kanak akan diberikan hadiah berupa bungkusan yang diisi mainan dan gula-gula oleh orang dewasa.

Sambutan Aidilfitri di Turki dikenali sebagai Seker Bayrami. Berlainan dengan budaya orang yang memberi hadiah, mereka memberikan duit raya kepada kanak-kanak.  

Acara kunjung-mengunjungi akan diserikan dengan hidangan seperti kue-kue, baklava dan daging panggang sambil menggayakan busana tradisional. Kaum lelaki akan memakai kaftan dan kaum wanita akan menyarungkan abaya.

Sambutan Aidilfitri di Indonesia dikenali sebagai Lebaran. Berkongsi dengan adat budaya Turki dan tempat lain terutamanya Malaysia, kanak-kanak akan diberi duit raya.

Pakaian tradisi tidak jauh beza dengan Malaysia iaitu baju kurung atau kebarung bagi wanita dan baju Melayu bagi lelaki.

Makanan tradisional seperti ketupat, opor ayam, sayur lodeh dan rendang biasa dihidangkan. Hidangan ini biasanya tidak lengkap tanpa aneka kuih dan biskut raya yang beraneka warna. 

Di India, sambutan Aidilfitri dikenali sebagai Eid-ul-Fitr atau Choti Eid. Ia disambut dengan meriah di wilayah-wilayah yang didiami oleh majoriti Muslim seperti Kashmir, Hyderabad dan Lucknow.

Baju tradisi pelbagai warna akan disarung pada hari ini iaitu kurta bagi orang lelaki dan salwar kameez bagi para wanita. Pelbagai  hidangan tradisional seperti biryani, kebab dan sewaiyan dihidangkan semasa perayaan.

Aidilfitri di China disambut oleh etnik minoriti Muslim seperti Hui, Uighur, Kazak, Uzbek, Tajik, Tatar, Kirgiz, Salar, Dongxiang dan Bonan.

Di negara ini, mereka akan solat hari raya di kawasan yang luas dan makan secara besar-besaran. Upacara nyanyian dan tarian menyerikan sambutan. Mereka turut mengadakan upacara khusus untuk mengenang penduduk Muslim pada masa Dinasti Qing. 

Menu masakan wajib yang dihidangkan pada perayaan Aidilfitri ialah mi atau lamian yang disajikan dalam sup daging atau sup lain yang beraneka rasa.

Di benua Afrika, negara-negara seperti Senegal, Gambia dan Nigeria menyambut Aidilfitri dengan solat sunat hari raya di padang rumput atau lapangan yang luas. 

Orang ramai mengenakan pakaian tradisional yang dipanggil boubou atau kaftan yang dihiasi corak yang ceria. Makanan tradional yang disajikan adalah seperti thieboudienne (nasi dan ikan), yassa (ayam atau daging diperisakan dengan sos lemon) dan nasi jollof iaitu nasi yang dimasak dengan sos tomato dan rempah lain.

Menjadi kelaziman di seluruh dunia bagi umat Islam untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Setelah sebulan bermujahadah di bulan Ramadan, jadikan sambutan perayaan ini dilakukan dengan kesederhanaan dan menjaga norma batas sempadan syariat. 

Jangan cemari Aidilfitri dengan hiburan yang melekakan atau mencampuradukkannya dengan perkara kemungkaran. Tetaplah hiasi diri berterusan dengan amalan dan akhlak yang diusahakan pada bulan Ramadan yang lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia