5,000 meriahkan Aidilfitri Harmoni

Para tetamu terdiri daripada saudara baru, orang kelainan upaya (OKU), warga emas juga masyarakat orang asli dari Desa Temuan Bukit Lagong, masyarakat bukan Islam dan ramai lagi.

Dalam majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau mengingatkan semua pendakwah untuk sentiasa memperbaiki dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik supaya dapat mengurangkan jurang antara sesama manusia.

Beliau juga mengakui bahawa tugasan pendakwah adalah amat berat dan seharusnya pendakwah menitikberatkan teladan yang baik bagi memastikan dakwah yang berkesan terhasil untuk menarik mereka yang bukan Islam.

Majlis sambutan ini telah dianjurkan bersama oleh Gabungan Dakwah Malaysia (GDM, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) dengan kerjasama dan tajaan lebih 100 NGO lain.

NGO-NGO tersebut antaranya Hidayah Centre Foundation, HALUAN, Persatuan Belia Harmoni Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Rangkaian Restoran Mohd Chan telah menaja jamuan makanan utama dalam majlis tersebut dengan menyediakan mi kari, nasi beserta masakan Cina Muslim, dim sum, pau dan pelbagai lagi. Selain itu, gerai-gerai NGO lain juga turut sama menyediakan makanan seperti sate, lemang periuk kera, rendang, ketupat, nasi lemak, kek dan kuih-muih.

Pelbagai acara menarik juga telah diadakan sepanjang majlis diadakan dengan melibatkan penyertaan pelbagai etnik dan kebudayaan antaranya tarian singa, peragaan pakaian mengikut syariat pelbagai budaya dan persembahan nasyid kanak-kanak.

Selain itu, Pengerusi GDM, Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah telah menyampaikan bantuan kerusi roda kepada rumah-rumah kebajikan orang tua.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia