Agamawan tidak maksum

Menjadi agamawan pastinya akan dihormati oleh masyarakat kerana mereka ini adalah rujukan masyarakat dalam ilmu agama. Masyarakat sering memandang tinggi para agamawan kerana watak mereka yang tawaduk, baik dan faham tentang agama.

 

Perkara ini boleh membawa kepada taasub kepada orang agama yang mereka hormati sehinggakan mereka ini akan pertahankan mereka walaupun jelas mereka melakukan kesalahan.

 

Ini perkara biasa untuk seorang agamawan melakukan kesalahan atau dosa, kerana mereka ini bukan nabi yang maksum, dijaga daripada melakukan dosa. 

 

Taasub terhadap agamawan ini telah berlaku dari dulu lagi sepertimana yang berlaku terhadap institusi gereja sehingga orang-orang ketika itu melawan gereja dan melakukan reformasi.

 

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh agamawan Kristian ketika itu seperti korupsi yang berleluasa dan memperkenalkan surat pengampunan (indulgence letters) yang mudah dibeli dan mereka mendapat untung yang besar dalam penjualan surat ini.

 

Inilah penyelewengan yang jelas dalam sejarah agama Kristian apabila agamawan mereka ini telah menggunakan agama mereka untuk kepentingan peribadi. Hal ini juga berlaku dalam Islam apabila ada segelintir agamawan yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripadanya.

 

Islam ini ditegakkan atas dalil, kata Abdullah bin Mubarak: 

“Isnad adalah sebahagian daripada agama, kalau bukan kerana isnad, maka setiap orang yang berkeinginan akan mengucapkan apa yang dia inginkan.”

 

Ini merupakan perkara yang penting untuk semua orang tahu. Ini kerana hari ini ramai agamawan yang menjadikan mimpi dan ilham mereka sebagai hujah dalam beragama.

 

Ini adalah perkara yang telah lari daripada agama. Tidak mungkin agama ini belum lengkap sehingga ada dalil yang baru datang kepada agamawan hari ini.

 

Akan tetapi, ada juga agamawan hari ini yang mempunyai dalil tapi telah menggunakan dalil agama ini untuk kepentingan peribadi dan puak sendiri. Mereka ini menggunakan dalil agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Jika orang lain melakukan perkara yang sama, mereka keluarkan dalil yang lain untuk mengharamkan mereka. Ini adalah perkara keji yang berlaku pada hari ini.

 

Ini adalah hakikat yang perlu kita faham bahawa agamawan ini bukan nabi yang maksum, terpelihara dari melakukan dosa. Agamawan adalah manusia biasa yang juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Perkara ini wajib untuk semua orang faham supaya tiada lagi ketaasuban yang berlaku terhadap agamawan yang hakikatnya juga seorang pendosa.

 

Berhati-hatilah duhai agamawan, mungkin hari ini banyak dalil yang diketahui, takut-takut tiada dalil yang ingin diberi di akhirat nanti. Agamawan tidak maksum. Ketaasuban pasti akan merosakkan agama ini. Sentiasalah mencari kebenaran, semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar.

 

Irham Masiri

Kredit foto: Blog Kisah Orang Muda

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia