NGO Berdiskusi Tambah Baik Sistem Pendidikan Negara

NGO Berdiskusi Tambah Baik Sistem Pendidikan Negara | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Satu sesi perbincangan meja bulat berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 telah berlangsung di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) semalam di sini.

Sesi perbincangan ini memberi tumpuan khusus untuk menyemak dokumen Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, mengenal pasti jurang dan kelemahan yang ada dan memberi cadangan penambahbaikan yang praktikal untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain IKRAM, pertemuan ini menghimpunkan pelbagai organisasi seperti Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Sesi ini turut melibatkan Association for Advocacy and Community Empowerment (ACE), Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GAPIM), Pusat Pembangunan LLG, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia (PPASCM). 

Perkongsian daripada Dr. Chithra (Education, Welfare and Research Foundation – EWRF), Kong Wee Cheng (Dong Zong) dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (MIEB) telah dibentangkan dan perbincangan yang positif berkaitan isu pendidikan di Malaysia turut dibincangkan pada sesi tersebut.

Hasil daripada sesi ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan sebagai input untuk dibawa kepada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menambah baik sistem pendidikan di Malaysia.

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MIEB, turut dihadiri oleh Pengerusi GBM, Ir. Stanley Yong Yew Wei (GBM) dan SP Nathan mewakili ACE.

Semoga diskusi ini memberi impak positif kepada sistem pendidikan negara sekali gus membentuk generasi rabbani yang benar-benar bermanfaat untuk negara, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia