Gencatan Senjata di Gaza: Kemenangan Penentangan, Tuntutan Keadilan Mesti Diteruskan

Gencatan Senjata di Gaza: Kemenangan Penentangan, Tuntutan Keadilan Mesti Diteruskan

IKRAM mengalu-alukan gencatan senjata sebagai satu kemenangan besar bagi ketabahan rakyat dan pejuang Palestin. Kejayaan memaksa rejim Zionis ke meja rundingan pasti menjadi pemangkin untuk mendesak tuntutan keadilan muktamad.

Gencatan senjata ini adalah bukti nyata kekuatan dan ketabahan perjuangan rakyat Gaza. Israel dengan kelengkapan tentera yang canggih telah gagal mencapai sebarang matlamat perangnya. Kegagalan ini adalah satu kekalahan strategik dan moral bagi rejim penjajah dan genosid Israel.

IKRAM memberi amaran terhadap sebarang bentuk perjanjian damai yang pincang atau pelan luar yang bertujuan menjajah semula Gaza. Sebarang percubaan untuk meletakkan Gaza di bawah kawalan kuasa asing atau pelan damai yang menjejaskan hak Palestin TIDAK BOLEH DITERIMA sama sekali.

Kemenangan ini tidak lengkap tanpa keadilan. Oleh itu, IKRAM menuntut keadilan dan keselamatan yang tidak berbelah bahagi untuk Gaza:

1. Jaminan Keselamatan: PBB dan masyarakat antarabangsa mesti memberi jaminan keselamatan yang kukuh dan boleh dikuatkuasakan untuk melindungi Gaza daripada sebarang serangan Israel pada masa hadapan.

2. Akauntabiliti: Pemimpin Israel mesti diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan ICJ untuk diadili atas jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang telah mereka lakukan.

3. Ganti Rugi Penuh: Israel dan penyokongnya mesti membiayai sepenuhnya proses pembinaan semula Gaza yang telah mereka musnahkan.

Gencatan senjata bukanlah penghujung perjalanan, tetapi lembaran baru dalam perjuangan untuk keadilan Gaza. IKRAM akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin sehingga hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, kedaulatan penuh dan kemerdekaan dicapai.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

[ENGLISH VERSION]

Ceasefire in Gaza: A Victory of Resistance; Demand for Justice Must Continue

IKRAM welcomes the ceasefire as a great victory for the steadfast Palestinian people and its fighters. Their success in dragging the Zionist regime to the negotiation table will certainly act as a catalyst in the demand for ultimate justice.

This ceasefire is a clear proof of the strength and steadfastness of the people of Gaza in their struggle. Israel, with its sophisticated military equipment, has failed to achieve any of its war goals. Their failure is a strategic and moral defeat for the genocidal, colonist regime.

IKRAM warns against any form of flawed peace agreement or external plot aimed at recolonising Gaza. Any attempt to place Gaza under the control of a foreign power or a peace plan that undermines Palestinian MUST NOT BE ACCEPTED, in no uncertain terms.

This victory is not complete without justice. Therefore, IKRAM demands justice and unwavering security for Gaza:

1. Security Guarantees: The UN and the international community must provide strong and enforceable security guarantees to protect Gaza from any future Israeli attacks.

2. Accountability: Israeli leaders must be brought to the International Criminal Court (ICC) and the International Court of Justice (ICJ) to be tried for their war crimes and mass killings.

3. Full Reparations: Israel and its supporters must fully fund the reconstruction of Gaza, which they have decimated.

This ceasefire is not the end of the road, but a new chapter in the struggle for justice for Gaza. IKRAM will continue to stand firmly with the Palestinian people until their right to self-determination, full sovereignty, and independence are achieved.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia