Transformasi Digital ASEAN: Pelaburan Teknologi AI

Transformasi Digital ASEAN: Pelaburan Teknologi AI

Seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kita berada dalam kedudukan strategik untuk menerajui kerjasama serantau dalam kecerdasan buatan (AI). 

Kedudukan Malaysia tidak jauh dari China dan India. ASEAN mengekalkan pendirian berkecuali dan bergerak secara kolektif, konsep “ASEAN Centrality” akan terus menjadi keutamaan.

Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab utama dalam inovasi rantaian bekalan dengan penganjuran pameran teknologi canggih serta sesi padanan perniagaan, membuka peluang kepada syarikat dan pelabur untuk menjalin kerjasama dalam sektor automasi, kecerdasan buatan (AI) dan logistik digital.

Kesatuan ekonomi dan politik 

Teori Integrasi Serantau dikembangkan oleh beberapa ahli akademik, tetapi antara tokoh utama yang banyak menyumbang kepada teori ini ialah Ernst B. Haas melalui Teori Fungsionalisme Baru pada tahun 1950-an.

Haas menekankan bagaimana kerjasama dalam satu sektor, contohnya perdagangan atau teknologi boleh membawa kepada integrasi lebih mendalam dalam sektor lain, yang akhirnya membentuk kesatuan ekonomi dan politik yang lebih erat.

Dalam konteks AI, negara ASEAN boleh membentuk pakatan strategik untuk membangunkan teknologi AI secara bersama, berkongsi sumber daya dan menetapkan piawaian serantau.

Kita diberi kesempatan sebagai pembentang kertas kerja dalam pertemuan dengan delegasi luar negara daripada industri global, pembuat dasar dan inovator bagi meneroka kemajuan dalam logistik dan rantaian bekalan.

“Intelli Supply 2025” yang merupakan sebuah persidangan antarabangsa serta pameran yang memfokuskan automasi gudang dan transformasi digital dalam logistik telah berlangsung dari 19 hingga 20 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Bukan sekadar teknologi masa depan 

Program ini dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Pengerusi Yayasan Makmur Majlis Daerah Kota Tinggi yang juga mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta mantan Menteri Kesihatan.

Perbincangan menfokuskan AI bukan sekadar teknologi masa depan. Ia adalah pemacu utama dalam landskap ekonomi moden. Syarikat yang menerapkan AI sering mendapat penilaian lebih tinggi dalam pasaran pelaburan.

Oleh itu, negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dalam membangunkan dasar seragam yang memastikan pertumbuhan AI secara inklusif dan beretika.

Pelaburan dalam infrastruktur digital seperti rangkaian 5G dan pusat data menjadi kunci kepada kejayaan ini. Selain itu, peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam bidang AI perlu dipercepat untuk memenuhi keperluan industri yang berkembang pesat.

Pelaburan dalam sektor teknologi tinggi menjadi faktor utama dalam meningkatkan daya saing ekonomi sesebuah negara.

Di Malaysia, sektor-sektor seperti semikonduktor, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh diperbaharui, nanoteknologi dan bioteknologi memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Perhatian serius 

Namun, bagi memastikan pelaburan dalam bidang ini memberi impak maksimum, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Faktor-faktor yang mendorong pertumbuhan ini termasuklah kestabilan dasar kerajaan, insentif pelaburan serta pembangunan infrastruktur yang kukuh.

Industri pembuatan berteknologi tinggi menyumbang hampir 11.7% daripada modal asing yang digunakan, terutama pelaburan dari China. Kita dapati, China semakin menekankan inovasi dan teknologi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonominya.

Pelaburan dalam teknologi hijau adalah salah satu sektor berteknologi tinggi yang semakin mendapat perhatian global. Dengan cabaran perubahan iklim yang semakin mendesak, banyak negara di seluruh dunia kini berusaha untuk menarik pelaburan dalam teknologi yang dapat mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

Potensi besar 

Malaysia, sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi, mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju dalam teknologi hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg seharusnya dipuji atas keprihatian terhadap kelestarian melalui inovasi, pelaburan serta insentif strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen hijau, bioteknologi, penangkapan karbon dan ekopelancongan.

Sektor pelancongan ASEAN juga boleh mendapat manfaat besar daripada AI. Teknologi ini dapat digunakan untuk menganalisis corak perjalanan pelancong, mengoptimumkan pemasaran digital dan meningkatkan keselamatan pelancongan melalui automasi dan pemantauan pintar.

Kempen seperti “Visit ASEAN” boleh diperhebat dengan penggunaan AI bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

Video pelancongan berasaskan AI mampu meningkatkan pengalaman pengunjung dengan menawarkan kandungan interaktif, pemandangan realistik melalui realiti maya (VR) serta cadangan destinasi yang diperibadikan berdasarkan minat pengguna.

Teknologi ini membolehkan pelancong meneroka lokasi sebelum tiba, memberikan maklumat masa nyata dan meningkatkan daya tarikan sektor pelancongan melalui inovasi digital.

Pemacu transformasi serantau 

Dalam industri halal pula, AI dan automasi dapat mempermudah proses pensijilan serta meningkatkan ketelusan. Usahawan bumiputera, khususnya, boleh mendapat manfaat daripada latihan teknikal dan keusahawanan digital dalam sektor ini.

Penggunaan blockchain dan AI dalam pemprosesan makanan halal mampu mempercepat dan meningkatkan kebolehpercayaan sistem pensijilan.

Bukan itu sahaja, AI dan IoT juga bahkan mengubah sektor logistik dan pengurusan rantaian bekalan di ASEAN.

Dengan pemantauan masa nyata melalui RFID dan analitik data, syarikat dapat mengurus inventori dengan lebih cekap, meramal permintaan dengan lebih tepat serta mengoptimumkan penghantaran barang. Kesemua ini membuka peluang besar dalam pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang automasi dan data.

ASEAN memiliki kelebihan unik dalam mengadaptasi teknologi ini untuk kepentingan ekonomi dan sosial. ASEAN mesti melihat AI sebagai pemacu transformasi serantau. 

Dengan dasar yang betul dan kerjasama erat antara negara anggota, kita bukan sahaja dapat meningkatkan daya saing global tetapi juga mewujudkan ekosistem digital yang inklusif dan mampan untuk masa depan.

Masa depan ASEAN dalam era AI bergantung kepada sejauh mana kita bersedia untuk berinovasi dan bergerak ke hadapan secara kolektif.

Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia &
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia, CILTM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia