Bermulanya Zaman Teknologi AI Melalui Telefon Pintar

Sejak menggunakan telefon bimbit asas bermula pada tahun 1992, dengan jenama Nokia P101 apabila mula bekerja di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 1991, telefon bimbit telah menjadi salah satu gajet amat penting dalam kehidupan.

Pada masa itu, Nokia P101 dengan berat 71 gram, kuasa bateri 1020 mAh, memori 2GB, storan 16GB, 8 jam masa bercakap dan sehingga 25 hari masa ”standby”, telah menjadi alat komunikasi penting yang menyimpan maklumat dan direktori senarai perhubungan.

Telefon pintar tahun 2025

“Fast forward” ke tahun 2025 ini, setelah puluhan jenama telefon bimbit bertukar ganti dan kini berubah kepada telefon pintar (“smartphone”), tahun 2025 ini adalah bermulanya zaman yang akan melonjakkan lagi satu era yang dipanggil ZAMAN AI atau ZAMAN KECERDASAN BUATAN.

Pada zaman ini, saya telah menggunakan telefon pintar Xiaomi 13T Pro, berat 200 gram, kuasa bateri 5000 mAh, memori 32 GB dan storan 1000 GB. Skala peratus peningkatan spesifikasi telefon pintar telah berubah begitu mendadak dari segi Berat: 181.69%, Kuasa Bateri: 390.20%, Memori (RAM): 1500% dan Storan: 6150%. 

Dalam zaman AI ini, kuasa sebuah komputer berkuasa tinggi kini berada dalam tapak tangan kita sahaja yang terus menjadi gajet penting dalam kehidupan melangkaui keperluan berkomunikasi.

Selepas 2025 – AI, zaman lonjakan digital

Telefon pintar berkuasa tinggi sebuah komputer atau laptop yang kini ditelapak tangan telah menjadi gajet menguruskan kehidupan rencam dan mencakup pelbagai aspek kehidupan seharian.

Paparan utama telefon pintar saya kini, di dalamnya ada 156 aplikasi (apps) untuk tujuan komunikasi, akses Internet, media sosial, hiburan, amalan, produktiviti, navigasi dan perjalanan, kewangan dan perbankan, pendidikan dan pembelajaran, kesihatan, fotografi, videografi dan automasi rumah.

Satu kategori baru dalam penggunaan telefon pintar, bermula tahun 2025 ini ialah AI (“Artificial Intelligence”). Bermula tahun 2025, penggunaan ”Generative AI” akan menjadi satu rutin kehidupan, sebagaimana manusia tidak boleh lari daripada menggunakan kalkulator untuk mengiringi.

Apa itu “Gen AI”?

Kecerdasan buatan generatif, juga dikenal sebagai AI generatif atau disingkat “Gen AI”, adalah jenis AI yang dapat menciptakan kandungan dan idea baru, termasuk percakapan, cerita, gambar, video dan muzik. Ia dapat mempelajari bahasa manusia, bahasa pengaturcaraan (programming), seni, kimia, biologi atau materi pelajaran yang kompleks. Ia menggunakan kembali apa yang diketahuinya untuk memecahkan masalah baru dan mencadangkan penyelesaian.

Manusia “berbicara” melalui AI

Teknologi yang membantu AI berkomunikasi secara teks dan “berbicara” seperti manusia melibatkan beberapa teknik canggih, termasuk Text-to-Speech (TTS) untuk mengubah teks menjadi suara, Pemprosesan Bahasa Alami (Natural Language Processing, NLP) untuk memahami dan merespons bahasa manusia, serta Pengenalan Suara untuk mentafsirkan ucapan manusia.

Sintesis Suara dan Jaringan Saraf digunakan untuk menciptakan suara yang alami dan manusiawi, sementara Deteksi Emosi membantu AI merespons dengan cara yang lebih empati.

Pembelajaran Mesin juga digunakan untuk melatih model AI pada data suara dan teks yang besar, memungkinkannya untuk belajar dan meningkatkan kemampuan berbicara secara bertahap. Teknologi-teknologi ini bekerja bersama untuk memungkinkan AI berkomunikasi dengan cara yang lebih alami dan manusiawi.

Aplikasi “Gen AI” paling popular masa kini ialah ChatGPT daripada OpenAI (paling awal diwujudkan), Copilot daripada Microsoft dan Gemini daripada Google.

Bagaimana “Gen AI” bantu selesai masalah

Sebelum wujudnya “Gen AI”, manusia masih menggunakan telefon pintar atau komputer, tetapi masih secara “manual” dan melalui beberapa langkah yang mengambil masa. Contohnya mencari maklumat berkenaan dengan sesebuah organisasi dan siapa pemimpin utama mereka.

Kita akan melakukan beberapa langkah seperti membuat carian Google (”Google Search”), setelah menjumpai sesebuah organisasi, teruskan pencarian mendalam, lapis demi lapis, sehingga terjumpa maklumat yang diperlukan.

Lupakan kerja mencari maklumat dan data cara lama menggunakan pelbagai ”search engines” yang mengambil masa panjang. Dengan adanya “Gen AI”, kita sekarang telah boleh ”berbicara” secara audio atau berkomunikasi secara teks (paling popular) dengan memberi “prompt” yang sesuai dan bertatacara.

Contohnya untuk mencari maklumat semua menteri utama Kerajaan Malaysia sekarang, kita hanya perlu ”bercakap” atau ”prompt” dengan teks seperti berikut dengan ChatGPT, atau Gemini atau Copilot seperti berikut: “Tolong cari dan senaraikan menteri-menteri utama Kerajaan Malaysia”. Terus sahaja jawapan disenaraikan.

Pantas dan pesat

”Gen AI” akan terus berkembang dengan pantas dan pesat selepas ini. Maka kita perlulah memulakan langkah berjinak dan berkawan dengan ”Gen AI” kerana aplikasi-aplikasi ini akan menjadi pembantu AI yang memperkasakan diri.

”Gen AI” akan terus terus berkembang dan memberikan impak signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Yang berikut adalah beberapa perkembangan utama ”Gen AI” dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang:

  1. Peningkatan kemampuan NLP: Model AI lebih baik dalam memahami dan merespons bahasa manusia.
  2. Pengembangan aplikasi perniagaan: Digunakan untuk analisis data, ramalan pasar, dan automasi layanan pelanggan.
  3. Inovasi dalam kreativiti: Menciptakan karya seni, muzik dan reka cipta yang inovatif.
  4. Peningkatan interaksi manusia-komputer: Chatbot dan pembantu virtual menjadi lebih canggih.
  5. Pembelajaran dan pendidikan: Alat pembelajaran yang lebih personal dan mudah suai.
  6. Kesihatan: Digunakan dalam diagnosis perubatan, pengembangan perubatan dan perawatan kesihatan personal.
  7. Automasi dan produktiviti: Meningkatkan automasi tugas-tugas rutin dan kompleks.
  8. Keamanan dan privasi: Fokus pada perlindungan data dan keamanan dalam aplikasi AI.
  9. Integrasi dengan teknologi lain: Diintegrasikan dengan IoT, blockchain, dan teknologi cloud.
  10. Peraturan dan etika: Pengembangan kerangka kerja untuk penggunaan AI yang bertanggung jawab dan beretika.


Profesional Korporat IT

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia