Malaysia-China: Pelaburan Tertinggi, Manfaat Ekonomi

Malaysia-China: Pelaburan Tertinggi, Manfaat Ekonomi | IKRAM

Hubungan dua hala Malaysia dengan China diperbaharui dan diberi nafas baharu apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Republik Rakyat China selama empat hari pada 30 Mac yang lalu.

Beliau merupakan antara salah seorang pemimpin terawal melawati Beijing selepas pelantikan semula Presiden China, Xi Jinping untuk penggal ketiga pada 10 Mac lalu dan pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri China yang baharu pada 11 Mac. 

Kedatangan Perdana Menteri dianggap tepat pada masanya dalam soal mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara, di sebalik ketegangan geopolitik yang melibatkan kuasa-kuasa besar dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehubungan itu, China juga baru sahaja membuka semula ekonominya selepas lama bergelut dengan strategi sifar Covid-19.

Lawatan ini dianggap telah berjalan lancar dalam tujuannya untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan China khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

Pertemuan sulung rasmi Perdana Menteri ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-10  penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China. Kedua-dua negara turut akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China yang ke 50 tahun pada 2024.

China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar dan sumber pelaburan penting selama 14 tahun iaitu sejak 2009.

Jumlah eksport dan import dari China telah mencatatkan peningkatan dari tahun 2021 ke 2022. Pada tahun 2022, nilai perdagangan antara Malaysia dan China sahaja telah mencecah sehingga 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.

Tingkat Pelaburan

Melalui pertemuan Anwar dengan Jinping dan Qiang, kedua-dua pihak telah berunding dan bersetuju untuk merancakkan kerjasama ekonomi dan memperkukuhkan hubungan perdagangan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk meningkatkatkan kelajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah peluang pelaburan dalam sektor teknologi hijau, automotif dan industri halal.

Menurut Anwar, China bersetuju untuk menggunakan tenaga kerja mahir dan profesional tempatan berbanding amalan sebelum ini dalam semua projek terlibat. Pekerja dari China akan diambil hanya untuk kemahiran dan kepakaran yang tiada pada anak tempatan. 

Dalam pada itu, beliau telah berjaya meraih komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion yang merupakan nilai tertinggi pernah dicatatkan. Ini adalah hasil menerusi 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang termeterai di antara syarikat-syarikat Malaysia dan republik China yang menumpukan sektor teknologi hijau dan ekonomi digital. 

Seimbangkan Kuasa

China adalah negara jiran yang mempunyai hubungan dua hala yang erat  dan juga rakan dagang yang rapat dengan Malaysia. China juga adalah negara yang mempunyai kedudukan sebagai kuasa besar ekonomi dunia pada masa kini dan juga masa depan. 

Walaupun sedemikian, menurut Anwar, Malaysia juga harus mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak termasuk Amerika Syarikat.

Selama ini, Malaysia telah menikmati hasil perhubungan yang baik dari segi politik, ekonomi dan strategik dengan kedua-dua negara China dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, konflik permusuhan antara kedua-dua negara ini telah menjadikan Malaysia dalam keadaan mencabar. 

Malaysia sebagai penerima manfaat sistem antarabangsa semasa tiada pilihan melainkan untuk mengekalkan hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat.

Ini adalah pendekatan yang menuju kestabilan dan keamanan. Namun, Malaysia sebagai sebagai sebuah negara kecil menyedari ia mempunyai pengaruh yang terhadap terhadap kuasa-kuasa besar dunia.

Sebagai sebuah negara yang menganggotai ASEAN, strategi membawa kedua-dua negara di meja perundingan melalui siri dialog dilihat sebagai strategi pilihan untuk bersuara lebih kuat memandangkan America dan China mengiktiraf  kepentingan peranan ASEAN. 

China mengatakan ia bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan tamadun Asia, menegakkan autonomi strategik, kekal dengan aspirasi asal kerjasama Asia Timur, menyokong pemusatan ASEAN, tegas menentang mentaliti Perang Dingin dan konfrontasi blok, dan membina tempat tinggal (Asia) bersama. [1]

Hubungan Malaysia dan China telah berlanjutan sekian lama dalam keadaan baik walaupun ada ketika diselangi dengan gangguan-gangguan yang menggugat keharmonian tetapi masih dalam kawalan.  

Kedua-dua negara saling menikmati keuntungan dalam perhubungan ini dan diharapkan dapat terus berlangsung aman dan saling kuat-menguatkan bagi tujuan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:
[1] Rwanda’s China Embassy

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia