IKRAM Bincang Cadangan Dasar Sosioekonomi Negara

IKRAM Bincang Cadangan Dasar Sosioekonomi Negara | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sebagai rakan strategik dalam membina negara, IKRAM telah mengadakan satu perbincangan tentang draf cadangan dasar sosioekonomi negara pada Sabtu lalu di sini.

Draf dasar berkenaan disediakan dengan tujuan memperkasakan sosioekonomi rakyat Malaysia, termasuklah dalam menangani kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini melalui intervensi-intervensi dalam kebajikan, pendidikan, kesihatan, makanan berkhasiat, peluang ekonomi dan kesejahteraan keluarga dan komuniti.

“Semakan telah diadakan ke atas draf dokumen yang telah dihasilkan pada awal tahun 2020, mengambil kira maklum balas dan perkembangan mutakhir,” kata Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi IKRAM, En Mohammad Abdul Hamid.

Tambahnya, turut diambil kira adalah kajian miskin bandar dan kajian mobiliti sosial melalui program Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) yang sedang dilaksanakan oleh IKRAM.

Menurut beliau, dokumen berkenaan telah dihasilkan mengambil kira tujuan syariah (maqasid syariah), pendekatan pembangunan manusia (human development) serta kemiskinan pelbagai dimensi (multidimensional poverty), pendekatan ekonomi gelagat (behavioural economics) dan pendekatan berdasarkan bukti (evidence-based policymaking).

Selain Mohammad, turut hadir dalam perbincangan itu ialah Hj Ainullotfi Abdul Latif (Ketua Kluster Masyarakat Progresif), Dr Ahmad Zainudin Abdullah, Prof. Dr Ahmad Hariza Hashim, Datin Junaida Ahmad, En Bilal Mohd Parid dan En Anas Hasbullah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia