Pelaburan yang merugikan?

Dalam usaha tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula dalam kenyataannya pada 7 Januari lalu melalui Menterinya, YB Zuraida Kamaruddin, akan membelanjakan RM1 juta bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.

 

Entah di mana relevannya perbelanjaan ini? Hinggakan beliau menyatakan bahawa itu adalah usaha kementeriannya bagi menyokong inisiatif KKM berhubung arahan larangan merokok di semua tempat makan awam sejak 1 Januari lalu.

 

Realitinya, masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.

 

Pada 10 Januari 2020 pula, terdapat lebih 50 NGO, persatuan pakar perubatan dan badan profesional dalam suatu kenyataan bersama menggesa KPKT menarik semula kebenaran pelaksanaan kawasan merokok itu.

 

Secara jelasnya, langkah KPKT tersebut jelas bertentangan dengan usaha KKM yang mewartakan tempat-tempat awam sebagai kawasan larangan merokok.

 

Sewajarnya, RM1 juta yang diperuntukkan KPKT boleh digunakan untuk mengubati perokok atau penyakit berkaitan merokok daripada membina tempat merokok yang hanya memuaskan kehendak 20 peratus populasi mereka yang merokok.

 

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan yang telah dilakukan Public Health Malaysia di laman Facebook mereka pada 8 Januari lalu menunjukkan 93 peratus daripada 12,000 pengguna media sosial menolak langkah KPKT dalam menyediakan kawasan khas merokok di premis restoran.

 

Benarlah sebagaimana yang dikatakan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar.

 

“Tak logik, tak munasabah, membazir duit rakyat kalau kita buat zon merokok. Di Malaysia ini, semua kawasan merokok kecuali tempat tertentu. Ini tidak, terbalik, kita buat kawasan khas lagi di kawasan yang memang boleh merokok.”

 

Sebelumnya, pada 5 Januari lalu Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, jika pemilik restoran mahu menyediakan ruang khas merokok, ia mestilah di luar lingkungan tiga meter dari premis mereka dengan kebenaran PBT.

 

Mulai 1 Januari lalu, KKM menguatkuasakan larangan merokok di semua kedai makan, gerai makanan, medan selera, food truck dan restoran di atas kapal dan kereta api di seluruh negara.

 

Manakala bagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, tindakan penguatkuasaan ialah mengenakan kompaun sebanyak RM250 terhadap mereka yang didapati merokok di tempat larangan merokok dan sekiranya gagal membayar kompaun, boleh didakwa di mahkamah dengan denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara.

 

Pemilik premis pula boleh dikenakan kompaun RM250 sekiranya tidak meletakkan tanda larangan merokok dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka boleh didakwa di mahkamah dengan denda maksimum RM3,000 atau enam bulan penjara.

 

Sekalian kita juga perlulah tahu bahawa, restoran bukanlah satu-satunya tempat yang tidak dibenarkan merokok. Malaysia telah pun mengisytiharkan 23 kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

 

Kesemua 23 kawasan larangan merokok ini adalah:

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam

2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik

3. Di dalam lif atau tandas awam

4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin

5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22

7. Di dalam mana-mana lapangan terbang

8. Di dalam mana-mana premis kerajaan

9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian

10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi

11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak

12. Di dalam mana-mana bas sekolah

13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.

14. Di dalam mana-mana kawasan kompleks membeli-belah

15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak

16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium

17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan

18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan

19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe Internet

20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara

21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

22. Bangunan Parlimen

23. Di mana-mana restoran dan kedai makan terbuka.

 

Sekiranya didapati bersalah dan melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan ini, denda tidak melebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun akan dikenakan.

 

Persoalan besar yang perlu dijawab oleh KPKT ialah, “Kenapa perlu melabur untuk sesuatu yang merugikan? Bukan sahaja pada diri perokok itu sendiri tetapi kepada orang lain juga negara.”

 

Jika Menteri KPKT menyokong inisiatif yang dilaksanakan KKM itu, tentunya isu membenarkan ruang khas merokok disediakan itu tidak perlu timbul.

 

Ia seolah-olah apa yang dilontarkan tidak selari dengan hasrat KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok seperti kanser paru-paru, asma dan lain-lain.

 

Tentunya antara lain, situasi tersebut diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok.

 

Takkan kerana untuk membela golongan perokok yang mewakili kira-kira 20 peratus populasi di Malaysia ini, kerajaan sanggup ‘gadaikan’ nilai jutaan ringgit untuk mereka?

 

Ia perlu difikirkan semula dan dikaji sebelum direalitikan.

 

Atriza Umar

Kredit foto: Selangor Journal

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia