Aplikasi MyResQ: Bantuan Awal Mangsa Serangan Jantung

Aplikasi MyResQ: Bantuan Awal Mangsa Serangan Jantung | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sepasukan pakar perubatan telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi MyResQ bagi menyelamatkan mangsa serangan jantung mengejut (cardiac arrest) melalui bantuan kecemasan awal.

Mereka terdiri daripada tiga pakar perubatan kecemasan iaitu Dr Mohd Afiq Mohd Nor, Dr Mohammad Aizuddin Azizah Ariffin dan Dr Mohammad Salleh Yahya serta pakar psikologi, Dr Lennie Soo dengan kerjasama pakar aplikasi, Beh Yee Chun.

MyResQ adalah aplikasi mudah alih untuk mengaktifkan penyelamat berdekatan bagi mengurangkan tempoh tindak balas kecemasan.

“Sambutan terhadap MyResQ amat menggalakkan. Dari masa ke masa, semakin ramai yang memuat turun MyResQ dan pendaftar diri sebagai penyelamat mahupun bystander. Terbukti ramai menantikan aplikasi seperti ini,” ujar Dr Mohd Afiq yang juga Yang Dipertua Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Mengulas lanjut, beliau berkata, masih awal untuk menilai keberkesanannya tetapi ia sangat membantu mengurangkan tempoh respons terhadap kes-kes kecemasan.

“Kami ingin menarik lebih ramai pengguna aplikasi dan pengguna alat mesin pintar AED (automated external defibrillator),” sambungya lagi.

AED adalah mesin yang boleh memberi kejutan elektrik kepada jantung yang sudah hilang fungsi, lantas memberi peluang yang lebih tinggi kepada mangsa yang diberikan rawatan awal.

Cardiac arrest adalah pembunuh senyap bagi pesakit yang tidak pernah mempunyai rekod sakit jantung.

Serangan ini berlaku apabila sistem jantung tidak lagi berfungsi, nadi tidak berdenyut dan mangsa tidak berupaya memberikan sebarang respon.

Ia berbeza dengan heart attack atau serangan jantung yang mana pesakit masih boleh bercakap, mempunyai nadi dan mampu memberi respons ketika diserang. 

Pesakit yang terkena serangan kardio pulmonari mesti diberikan bantuan kecemasan resusitasi kardio pulmonari (CPR) pada kadar segera sebaik sahaja jantung dan paru-paru mangsa berhenti berfungsi.

Bantuan awal melalui CPR mengambil alih fungsi jantung sebagai pengepam darah dan menyalurkan oksigen pada paru-paru buat sementara waktu. 

Kes Out-of-hospital cardiac arrest (OHCA) atau serangan kardio pulmonari yang berlaku di luar hospital adalah isu kesihatan global yang mana berjuta-berjuta maut akibat serangan jantung mengejut setiap tahun.

Malangnya, lebih separuh daripada kes OHCA berlaku tanpa kehadiran saksi dan hanya 22.6 peratus sahaja yang sempat menerima bantuan CPR.  

Atas kesedaran ini, MyResQ dibangunkan untuk membantu mengurangkan statistik kematian dan hilang upaya yang disebabkan oleh serangan kardio pulmonari.

Misi utamanya adalah supaya mangsa dapat diberikan bantuan kecemasan awal dengan pantas sementara menunggu pasukan perubatan sampai ke lokasi kejadian.  

Orang ramai dijemput muat turun aplikasi MyResQ yang boleh mempercepatkan tempoh untuk dapatkan bantuan daripada penyelamat (rescuers) terdekat dalam kalangan ahli yang berpengetahuan, berkemahiran dan ada kelayakan pada saat anda berhadapan situasi kecemasan yang mengancam nyawa seseorang.

Muat turun aplikasi MyResQ di pautan https://web.myresq.my/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia