Indeks Negara Rahmah: IKRAM Jemput 12 Pakar Bidang

Indeks Negara Rahmah: IKRAM Jemput 12 Pakar Bidang | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Kira-kira 12 orang pakar bidang daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah dijemput dalam Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2022 pada Isnin.

FGD ini dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di bawah Agenda Nasional dengan kerjasama Kajian Dasar IKRAM (KADRI) bagi membincangkan dapatan kajian IMNR 2022 yang dibangunkan IKRAM melalui KADRI, yang dibentang oleh Hj Rozalli Hashim.

Dalam perbincangan itu, pakar-pakar tersebut turut memberikan input dan pandangan tentang indeks ini menurut bidang masing-masing di samping mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk kajian IMNR yang akan datang.

Pakar-pakar yang hadir ialah Prof. Dato’ Dr Nor Ghani Md Nor, Profesor di Pusat Kajian Pembangunan Inklusif & Lestari UKM, Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail, Timbalan Yang Dipertua National Council of Women’s Organisations (NCWO), Dr Teo Lee Ken, Pegawai Kajian dan Dasar All Party Parliamentary Group Malaysia for Sustainable Development Goal (APPGM-SDG) dan Prof Abdullah Mohd Zin, Profesor / Bendahari Akademi Profesor Malaysia.

Hadir sama Prof. Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Profesor / Ketua Kluster Perubatan dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia, Dr Mohd Shaiful Ramze Endut, Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik UKM, En. Ismahalil Ishak, Penolong Pengarah Kanan Unit Dasar, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Hjh Sarimah Misman, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Selain itu, turut terlibat En. Ikmal Nordin, Ahli Ekonomi Bank Negara Malaysia, Datin Dr Rozbizah Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Puan Marlina Termudi, Timbalan Pengarah, Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dan Dr Vellapandian A/L Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Turut hadir dalam perbincangan kumpulan fokus tersebut Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr Hanim Salleh serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, Hj Ainullotfi Abdul Latif, Dr Sabariah Baharun dan En. Mohammad Abdul Hamid, Ketua Pegawai Penyelidik KADRI, Prof. Dr Mustafa Din Subari serta para penyelidik KADRI.

Diharapkan melalui FGD ini, ia dapat menghasilkan kajian Indeks Negara Rahmah yang lebih holistik dan tepat tentang gambaran sebenar kemajuan negara.

Di samping itu, hubungan dan peluang kerjasama erat antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dapat diwujudkan untuk manfaat masyarakat dan negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia