Indeks Negara Rahmah Ukur Pencapaian Malaysia

Indeks Negara Rahmah Ukur Pencapaian Malaysia | IKRAM

Bersesuaian dengan hasrat untuk menjadi rakan strategik bagi membina Malaysia menjadi Negara Rahmah iaitu yang aman, makmur, sejahtera di mana kebebasan, kebenaran dan keadilan ditegakkan dengan erti kata sebenarnya, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melancarkan Pemasyhuran Indeks Negara Rahmah hari ini.

“Usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah ini tentunya tidak boleh diusahakan sendiri oleh IKRAM,” kata Timbalan Presidennya, Hj Badlishah Sham Baharin ketika sidang media yang diadakan di sini.

Malah tambahnya, ia adalah usaha bersama kesemua mereka yang berkongsi wawasan ini termasuk pihak kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat madani (CSO), golongan  profesional, pihak industri dan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, IKRAM menyedari bahawa proses transformasi negara dari keadaan sekarang sehingga menjadi sebuah Negara Rahmah adalah proses yang panjang dan tidak mudah.

“Oleh itu, apa yang penting ialah usaha yang akan menghasilkan kemajuan ke arah yang lebih baik ini terus dilakukan setiap tahun dan boleh diukur kemajuannya.”

Menurut Hj Badlishah, pembangunan Indeks Negara Rahmah (INR) yang diperkenalkan IKRAM adalah satu usaha untuk mengukur kemajuan ini serta menilai keberkesanan usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun oleh semua pihak ke arah mencapai Malaysia Negara Rahmah.

Inventori Indeks Negara Rahmah

“Untuk menilai pencapaian kesemua 12 ciri tersebut, ataupun dalam erti kata lain, mengukur kemajuan pencapaiannya, satu kayu ukur yang dikenali sebagai Inventori Indeks Negara Rahmah telah dibangunkan oleh IKRAM,” jelasnya.

Proses pembangunan indeks ini juga telah melibatkan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat madani, wakil dari pelbagai agama dan etnik serta akademia dalam pebagai bidang.

“Inventori Indeks Negara Rahmah ini dibuat dalam Bahasa Melayu yang mengandungi 12 Ciri Negara Rahmah, 30 indikator pencapaian dan 110 soalan bersama 10 soalan mengenai profil responden.”

Dalam pada itu, Ketua Kajian Dasar IKRAM (KADRI), Dr Mustafa Din Subari berkata, Indeks Negara Rahmah ini adalah satu sumbangan yang baharu dalam proses perbendaharaan ilmu.

“Ia memudahkan sesiapa saja untuk membuat rujukan mengenainya terutamanya para pengkaji dan mahasiswa.”

Pencapaian 2021 Sederhana

Walaupun skor indeks ini bukan satu petunjuk yang mutlak, ia memberikan satu nilai persepsi relatif masyarakat umum terhadap keadaan semasa negara, khususnya apabila persepsi masyarakat terhadap hal-hal berkaitan tadbir urus negara seperti kepimpinan, tadbir urus dan pengurusan berada dalam kelompok terendah, ia menggambarkan satu kerisauan yang harus diberikan perhatian oleh pihak berwajib.

“Pengukuran indeks ini boleh menjadi kayu ukur kejayaan kita ke arah Malaysia Negara Rahmah dan ia suatu inisiatif penting untuk dilaksanakan,” kata Ahli Penyelidik Kajian Indeks, Hj Rozalli Hashim.

Beliau bersama pasukannya bersedia melaksanakan kajian ini pada setiap tahun dengan konsisten untuk mendapatkan dan melihat pencapaian yang lebih baik.

Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2021 telah dijalankan meliputi seluruh negara dari bulan April hingga Jun 2021 yang melibatkan 3,277 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan dari pelbagai kumpulan etnik. 

Kajian ini telah dijalankan menggunakan persampelan berstrata dengan tumpuan negeri, daerah, kaum dan jantina.

Dengan menggunakan skala 10 sebagai pencapaian terbaik, hasil kajian ini mendapati pencapaian kebangsaan bagi Indeks Malaysia Negara Rahmah tahun 2021 adalah pada paras 6.09 atau pencapaian dalam kategori ‘Sederhana’ (0 – 4: Rendah; 5 – 7 : Sederhana dan 8 – 10 : Tinggi). 

Ciri-ciri yang mendapat skor tertinggi adalah Institusi Keluarga yang Utuh (7.38), Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni (6.93), Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak Penyayang (6.88), dan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara (6.50).

Manakala kesemua ciri berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan tadbir urus kerajaan mendapat skor yang rendah iaitu antara 5.33 hingga 5.60. 

Ciri-ciri Negara Rahmah

12 ciri yang diketengahkan dalam Indeks Negara Rahmah ialah:

  1. Kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti
  2. Sistem Pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan
  3. Tadbir urus yang baik
  4. Undang-undang yang adil
  5. Masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang
  6. Institusi keluarga yang utuh
  7. Hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni
  8. Ekonomi yang mampan
  9. Agihan kekayaan yang saksama
  10. Pembangunan yang lestari
  11. Kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat terpelihara
  12. Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

 

Dapatan kajian dikongsi bersama

Majlis Pemasyhuran Indeks Negara Rahmah secara dalam talian itu juga diserikan Webinar ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’ yang dikendalikan oleh moderator Profesor Dr Amir Husin dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ahli-ahli panel webinar ialah Ketua Pasukan Petugas Kepimpinan Berwibawa Profesor Dr Hanim Salleh, Ketua Pasukan Petugas Perpaduan Nasional, Hj Zaid Kamaruddin, Ketua Pasukan Petugas Masyarakat Progresif, Profesor Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif, Ketua Pasukan Petugas Kemakmuran Ekonomi, Ustaz Hj Burhanuddin Lukman dan Ketua Pasukan Petugas Institusi Kenegaraan, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Sehubungan itu, terdapat tiga poin penting melalui Webinar Malaysia Menuju Negara Rahmah yang diadakan iaitu model Negara Rahmah adalah tawaran IKRAM kepada rakyat Malaysia keseluruhannya bagi pembinaan negara yang memberi keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya serta yang lebih penting, ia juga memberikan keselamatan dan kebahagiaan di akhirat.

Skor keseluruhan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2021 mencatatkan 6.09 perlu dipertingkatkan lagi berdasarkan perancangan usaha-usaha dan pelan tindakan yang harus dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat. 

Seterusnya, dapatan kajian ini juga harus dikongsi bersama dengan agensi kerajaan dan juga pihak-pihak berkepentingan bagi menjadikan agenda Negara Rahmah melebar dan didukung oleh setiap lapisan masyarakat.

Moga dengan dapatan kajian indeks ini, ia memberi ruang kepada pihak kerajaan mahupun pengkaji juga mahasiswa dan seluruh masyarakat merealisasikan wawasan murni yang menjadi impian semua rakyat Malaysia ini.

Tidak kira apa bangsa keturunan mahupun anutan rakyat Malaysia, mereka mahukan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang lebih baik, sebuah negara mithali kepada masyarakat antarabangsa, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia