Lahirkan pelajar bercirikan Islam

Pertubuhan ini bergerak atas dasar untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat kampus yang berlainan latar belakang, bangsa dan agama, khususnya dalam kalangan mahasiswa UPM itu sendiri.

Ia juga memfokuskan kepada dakwah dan pembangunan diri, berjalan seiringan sebagai tunjang utama dalam mencapai keharmonian dan toleransi antara satu sama lain.

Pengerusi Ikram Siswa UPM, Muhammad Redha Zahid berkata, sebelum bertindak sebagai Pengerusi Ikram Siswa (UPM), dia sangat aktif dalam aktiviti kampus, dalaman hingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya berpeluang untuk mengelola sebuah persidangan pertanian di peringkat antarabangsa yang melibatkan 17 negara.

“Pengalaman yang sangat berbeza semasa dalam Ikram Siswa UPM adalah cara pelaksanaan setiap program. Program yang dipraktikkan oleh aktivis Ikram Siswa (UPM) adalah berorientasi objektif dan bukan menumpukan kepada program semata-mata,” katanya.

Tambahnya, banyak perkara dipelajari melalui pertubuhan ini, satu daripadanya melihat permasalahan dasar dan menyelesaikannya mengikut situasi semasa.

“Sekarang ini saya baru memulakan pekerjaan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia. Konsep ini banyak membantu saya menyumbang idea bernas dalam pekerjaan sebagai pegawai audit dalaman,” katanya.

Pelbagai bentuk aktiviti dianjurkan dalam kampus mahupun luar kampus, meliputi segenap aspek kehidupan seperti kesukarelawan, khidmat masyarakat, kerohanian, akademik dan juga kebudayaan.

Pertubuhan ini juga bercita-cita melahirkan mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri keperibadian unggul mengikut acuan Islam dan mempunyai nilai moral tinggi, agar dapat menyumbang kepada negara, agama dan bangsa.

Setiap program yang dirangcang, perbahasan terperinci dilakukan oleh aktivis Ikram Siswa (UPM) supaya program benar-benar bermakna seterusnya menyelesaikan masalah mahasiswa.

“Ia bukan sekadar program yang hanya memenuhi takwim kampus tanpa arah tujuan. Sepatutnya program yang ingin dilaksanakan perlu memberi makna kepada masyarakat kampus, bukan program semata-mata.

“Selama empat tahun di kampus, kebanyakan mahasiswa melaksanakan program sebagai tradisi di kampus juga menyambung tradisi tersebut tanpa memahami tujuan utama dilaksanakan,” katanya kesal.

Ikram Siswa (UPM) bergerak dalam rangka sebagai sekumpulan aktivis mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemasyarakatan serta pembangunan rohani dalam dan sekitar UPM.

“Seiring dengan moto UPM, “Berilmu, Berbakti”, kami galakkan mahasiswa untuk berbakti dengan apa sahaja yang mereka ada,” katanya.

Kelab ini ditubuhkan pada Julai 2012 dengan ahli berdaftar, 57 orang. Kemudian bertambah dan kini mencecah 188 ahli terdiri dari pelbagai lapisan daripada pelajar asasi hingga ke peringkat ijazah kedoktoran (Phd). Penasihat kelab, Prof Madya Dr Norhasmah Sulaiman.

Sumber: Sinar Harian | 18 Mei 2016 | http://bit.ly/1R7Rdmt

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia