Katanya, terlalu ramai pelancong bukan Islam yang datang ke masjid tersebut yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara.
“Kami membuka ruang seluasnya kepada mereka untuk bertanya mengenai Islam,” jelasnya.
Program yang berlangsung pada pagi hingga petang Sabtu, 27 Februari lalu anjuran Hidayah Centre Melaka bermula dengan sesi taklimat kepada para sukarelawan dan juga praktikal dakwah dengan menyantuni pelancong bukan Muslim yang hadir ke masjid itu.
Para pelancong diiring masuk ke masjid sambil diberi penerangan tentang masjid dan Islam oleh sukarelawan
Sukarelawan dakwah bertindak sebagai pemandu pelancong untuk menerangkan serba sedikit mengenai sejarah masjid sambil berdakwah menyampaikan risalah Islam melalui edaran pamflet, bahan bacaan dan juga memperkenalkan al-Quran kepada para pelancong yang hadir.
Para pelancong bukan Islam pula dibenarkan masuk sehingga ke dalam ruang solat masjid dengan pakaian yang menutup aurat berwarna biru yang disediakan oleh pihak masjid.
Semoga usaha dakwah sebegini dapat disemarakkan lagi supaya lebih ramai pelancong yang dapat mengetahui keindahan Islam dan membuka jalan hidayah untuk mereka, insya-Allah.
Foto: http://on.fb.me/24ZSIO9