Abdul Qader Mulla, seorang Syed Qutb baru

Jamaat-e-Islami di Pakistan, India dan Bangladesh berasal daripada satu jamaah yang telah diasaskan oleh Imam Abul A’la Maududi rahimahullah. Ketika semua negara berpecah, Jamaat-e-Islami di Bangladesh juga berpisah dari saudaranya (adik beradiknya), namun objektif, prinsip dan metodologi amal untuk Islam masih sama.

Jamaa-e-Islami secara umumnya terkesan dengan cara kerja dakwah dan harakah Ikhwan Muslimin, justeru ia mengambil pendekatan dakwah kepada Allah dengan hikmah dan menasihati dengan cara terbaik serta menjauhkan diri dari sikap melampau. Perubahan dilakukan melalui jalan damai.

Untuk kita memahami isu, kenapa mereka membunuh lelaki ini?!

Sejak 41 tahun lampau, iaitu pada tahun 1971, Bangladesh menghadapi peperangan sengit (perang untuk menuntut kemerdekaan) menentang Pakistan untuk menuntut pemisahan dengan bantuan tentera bersenjata India.

Ustaz Abdul Qader bersama pimpinan Jamaat-e-Islami yang lain menentang perancangan pemisahan ini demi memelihara kesatuan Islam di zon tersebut yang dalam masa sama berhadapan dengan permusuhan Hindu dan sokongan terhadap kemerdekaan Kashmir.

India melalui tangan-tangannya di Bangladesh berusaha untuk menghapuskan kewujudan gerakan-gerakan Islam yang mewakili kehendak rakyat Muslim. Caranya ialah dengan memperkasakan kekuatan kerajaan yang ada di samping menggesa bersungguh-sungguh memerangi golongan Islam dalam negaranya.

KISAH PENGHAKIMAN

Selepas terbentuknya kerajaan Bangladesh sekarang pada tahun 2008, kerajaan menubuhkan mahkamah negara untuk mengadili jenayah perang, khusus untuk menghukum terhadap mereka yang disifatkan sebagai penjenayah perang.

Pertama kali dalam sejarah, Mahkmah Tinggi di Bangladesh pada hari Selasa tanggal 17 September 2013 telah mengeluarkan hukuman gantung hingga mati terhadap Penolong Setiasusaha Jamaat-e-Islami, Ustaz Abdul Qader Mulla, iaitu perubahan daripada hukuman asal dipenjarakan seumur hidup sebelumnya.

Dengan demikian Mahkamah Tinggi telah menambah hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya pertama kali dalam sejarah Asia Selatan; hukuman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Khas.

Seperti yang pernah berlaku kepada Syed Qutb..! Para penguasa penjara melalui wawancara mereka bersama media mengiklankan bahawa Ustaz Abdul Qader Mulla berpeluang memohon keampunan dalam masa 7 hari, iaitu tempohnya sehingga ke tarikh 15 Disember 2013, di mana selepas itu berdasarkan undang-undang pentadbiran bagi kebajikan tahanan yang dipenjarakan, Ustaz Abdul Qader Mulla akan diberi tempoh selama 21 hari selepas itu sebelum dilaksanakan hukuman tersebut.

Jawapan Syeikh:

“Sesungguhnya saya tidak sekali-kali akan memohon keampunan dari sesiapa pun. Tidak ada seorangpun di alam ini berupaya menentukan hidup atau mati seseorang. Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahajalah yang memutuskan cara matinya seseorang hamba. Hukuman tidak akan terlaksana dengan keputusan daripada seseorang. Ia sesungguhnya adalah keputusan/ketentuan daripada Rabbul ‘Alamin. Saya beriman dengan ketentuan dan taqdir daripada Allah.”

WASIAT BELIAU KEPADA KELUARGANYA

Pada pukul 8.00 malam hari Rabu, keluarga Ustaz Abdul Qader Mulla menziarahinya di tempat tahanan beliau selepas Pentadbiran Kebajikan Tahanan memaklumkan pertemuan mengejut itu.

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz memaklumkan bahawa beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu pertemuan tersebut. Dia hanya mengetahui apabila pertemuan itu berlaku. Beliau menambah bahawa sehingga ke saat pertemuan tersebut pun, tidak ada maklumat rasmi dimaklumkan tentang waktu akan dilaksanakan hukuman. Hingga ke saat itu, tidak ada pemeriksaan perubatan dibuat sebelum dilaksanakan hukuman gantung.

Pesanan beliau kepada keluarganya:

“Saya dulu adalah penjaga kalian. Bila kerajaan keluarkan hukuman membunuh saya dengan cara tidak sah mengikut lunas undang-undang, saya akan mati sebagai syuhada’ di mana Allah menjadi penjaga kalian selepas syahidnya aku.”

“Dia-lah (Allah) sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik pemelihara. Justeru tiada sebab untuk kalian merasa bimbang. Saya bersih daripada sebarang tuduhan yang dikatakan itu, kerana yang pastinya saya dibunuh kerana ikatan saya dengan dengan Jamaat-e-Islami. Tidak semua dari kalangan kita mampu memperolehi syahid. Ini adalah kemuliaan daripada Allah yang menggembirakan saya mati dalam kalangan syuhada’.”

“Ia adalah habuan/kurniaan terbesar yang pernah saya cita-citakan dalam hidup saya. Maka orang yang mati syahid ialah orang yang akan menikmati halawah syuhdi (kemanisan syahid), ia tidak dapat dikecapi oleh orang selainnya. Setiap titisan darah saya akan mempercepatkan jatuhnya penzalim yang diktator dan akan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di negara ini. Saya telah mengorbankan jiwa raga saya untuk harakah Islamiyyah (gerakan Islam), dan Allah menjadi saksi atas apa yang saya ucapkan.”

Di akhir pertemuannya, beliau meminta kaum keluarganya bersabar kerana inilah satu-satunya jalan yang dengannya mereka beroleh ganjaran di sisi Tuhan mereka.

“Saya memohon agar rakyat seluruhnya mendoakan mudah-mudahan Allah menerimaku sebagai syahid, sampaikan salamku kepada semua rakyat!”

Isteri beliau menunjukkan isyarat kemenangan selepas keluar keputusan gantung ke atas suaminya. Seolah-olah saya mendengar beliau (isteri) berkata: “Telah menang, demi Tuhan pemilik Ka’abah.. telah menanglah dia, demi Tuhan Ka’abah”.

Akhirnya, lelaki ini telah digantung pada petang hari Khamis 12 Disember 2013 dalam suasana kebisuan bangsa Arab dan Islam yang amat menyedihkan.. Lelaki ini mati namun fikrah, gerakannya tetap akan berterusan hidup di dalam jasad umat ini!


Tulisan: Umar al-Faruq

Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

Sumber: http://abuamru1208.blogspot.com/2013/12/gantung-abdul-qader-mulla-seorang-lagi.html

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia