Kenyataan Media: IKRAM dan MUSLEH anjur debat antarabangsa

30 Jun 2011 hingga 3 Julai 2011 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

 

Kejohanan empat hari ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan  International Centre for Educational Excellence (ICEE). Majlis penutup  dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Ahad bersamaan 03hb Julai 2011 pukul 2.30 petang.

 

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat pendakwah dan pemidato di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di samping  membudayakan mereka  berhujah  berdasarkan fakta dan bertukar pandangan secara rasional, berhikmah dan beradab.  Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

 

Lapan Puluh Dua (82) buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura ,Thailand  dan Indonesia akan berdebat atas tema-tema yang berkaitan  politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.  Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.  Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Sila layari blog kejohanan di http://muslehdebate.webs.com untuk maklumat terkini.

 

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum untuk turut hadir menyaksikan kehebatan pendebat-pendebat beraksi.

 

Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media bagi membuat liputan sepanjang kejohanan berlangsung dan semasa majlis perasmian penutup oleh oleh Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sila maklumkan kehadiran  di talian  013-9995726 (Shariff)  atau  melalui Faks 03-41011561 bagi memudahkan pihak kami membuat persediaan.

 

Prof Madya Dr Omar Yaakob

Pengerusi

Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

Tel: 012-7086482

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia