Pelaksanaan 5G dalam tempoh 3 tahun

SERI KEMBANGAN – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) perlu dibuat dalam jangka waktu yang munasabah bagi mengelakkan kehilangan pelabur berpotensi.

 

“Pelaksanaan 5G perlu dilakukan dalam tempoh tiga tahun dengan sekurang-kurangnya 80 peratus kawasan berpenduduk menerima liputan rangkaian itu.”

 

Menurutnya, kalau (pelabur) ingin datang ke Malaysia, mereka akan tanya ada fasiliti 5G atau tidak, dan jika ada, mereka datang.

 

“Jika kami kata lima tahun lagi baru ada 5G, mereka (pelabur berpotensi) akan pergi ke tempat lain.”

 

Jadi jelasnya, anda kehilangan pelabur berpotensi. Itu adalah sesuatu yang penting untuk kesejahteraan negara dan rakyat.

 

“Saya akan melakukan apa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkaitan bagi memastikan pelaksanaan 5G akan berlangsung dalam tempoh sepatutnya,” kata Annuar.

 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia pada Selasa.

 

“Walau apa masalah yang timbul, saya akan memastikan ia akan diselesaikan.”

 

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ketika melancarkan 4G, ia mengambil masa lapan tahun untuk mencapai 80 peratus.

 

“Kami tidak boleh melaksanakan 5G dengan kelajuan yang sama,” katanya.

 

Sebelumnya, pada Jumaat lepas, Annuar berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri bulan depan untuk menoktahkan isu berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia