BAKIM Edar Pek Iftar di Sekitar Ibu Pejabat IKRAM
SERI KEMBANGAN – Seperti tahun-tahun sebelumnya, petang Ramadan di sekitar Jalan Dagang SB, Taman Sungai Besi Indah disemarakkan dengan edaran Pek Iftar Rahmah Komuniti oleh Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM). Edaran pek iftar ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan dengan semangat infak dan berkongsi rezeki serta menyantuni komuniti sekitar Ibu Pejabat […]
Mengapa Ramadanku Tidak Berkualiti? Ini Sebabnya
Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa dan bererti bagi umat Islam di seluruh dunia. Aktiviti berpuasa menjadi fokus utama bulan tersebut. Namun, apakah ertinya Ramadan tanpa adanya kualiti? Menahan lapar dan dahaga sebagai aktiviti berpuasa semata-mata tidak menjadi keperluan dalam ibadah berpuasa. Bagaimanakah aktiviti berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dapat menjadi kayu ukur keberhasilan […]
Kes Buli: Pendidikan Karakter Berasaskan Nilai, Persekitaran Rahmah & Pemantauan Perlu Dipertingkatkan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius kes buli dan penderaan ke atas seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan. Kes buli telah berulang kali berlaku dan disiarkan di media. Tahun lepas dilaporkan 5,319 kes buli membabitkan murid sekolah telah direkodkan. IKRAM mengambil maklum […]
Pemberdayaan Wanita Membangunkan Masyarakat Madani
Pemberdayaan adalah proses kepada masyarakat agar menjadi berdaya, mendorong atau memotivasi individu agar mempunyai kemampuan atau keberdayaan untuk menentukan pilihan hidupnya. Pemberdayaan juga harus ditujukan pada kelompok atau lapisan masyarakat yang tertinggal. Pelan Tindakan Wanita Selangor telah dirangka untuk pemberdayaan wanita Selangor ke arah pembangunan masyarakat madani. Kerajaan negeri Selangor berhasrat agar wanita Selangor mendapat […]
IKRAM Kutuk Serangan Ganas di Moscow
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada Jumaat, 22 Mac 2024, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 60 maut dan lebih 145 mangsa cedera. IKRAM menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu. Islam amat menitikberatkan dan memupuk kasih sayang sesama manusia […]
Ketahui 5 Amalan Elak Kerugian Ketika Berpuasa
Tibanya bulan Ramadan, umat Islam diperintahkan untuk berpuasa selama sebulan bagi menahan diri daripada makan dan minum. Walau bagaimanapun, berpuasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga terdapat kewajipan lain iaitu mengawal lisan daripada bercakap sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pada bulan mulia ini, bukan lagi suatu perkara yang mustahil apabila kita kerap […]