Pemberdayaan Wanita Membangunkan Masyarakat Madani

Pemberdayaan adalah proses kepada masyarakat agar menjadi berdaya, mendorong atau memotivasi individu agar mempunyai  kemampuan atau keberdayaan untuk menentukan pilihan hidupnya. Pemberdayaan juga harus ditujukan pada kelompok atau lapisan masyarakat yang tertinggal. 

Pelan Tindakan Wanita Selangor telah dirangka untuk pemberdayaan wanita Selangor ke arah pembangunan masyarakat madani. Kerajaan negeri Selangor berhasrat agar wanita Selangor mendapat kesejahteraan menyeluruh tanpa mengenal darjat, pangkat atau status mereka.

Wanita sejahtera secara kolektif boleh menghasilkan fenomena positif terhadap bidang ekonomi, sosial, politik, undang-undang, perundangan, alam sekitar, hubungan lelaki-wanita, kekeluargaan dan usaha-usaha penyelesaian masalah di peringkat individu, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Pada hari ini, wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan ketika mereka berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka. Walau bagaimanapun, ketabahan, keazaman dan komitmen mereka yang kukuh telah mendorong mereka untuk mengatasi halangan-halangan ini dan cemerlang dalam peranan yang tradisionalnya didominasi oleh lelaki.

Pada masa lampau, wanita sering diasingkan kepada jawatan pentadbiran atau sokongan dalam industri logistik dan pengangkutan. Namun, landskap ini berubah secara perlahan-lahan dengan lebih ramai wanita mengambil peranan kepemimpinan, mendorong inovasi dan membentuk masa depan sektor penting ini.

Dari pengurusan rantaian bekalan hingga penerbangan, maritim dan pengangkutan jalan raya, wanita mencipta kemajuan yang signifikan dan berjaya memecahkan stereotaip.

Bagaimana wanita boleh berjaya khususnya dalam bidang industri? Pertama, adalah penting untuk memberikan mentor dan peluang pembangunan profesional yang direka khas untuk wanita.

Hal ini dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran penting, memperluas rangkaian profesional mereka dan mendapatkan keyakinan yang diperlukan untuk mereka memimpin. 

Selain itu, memupuk budaya inklusiviti dan kepelbagaian dalam organisasi adalah penting. Syarikat-syarikat boleh melaksanakan dasar-dasar dan amalan yang menyokong perasaan sense of belonging dengan mencipta persekitaran yang sihat tanpa adanya sikap diskriminasi atau prasangka. 

Dengan mengimplementasikan strategi-strategi ini dan memupuk suasana yang memperjuangkan kesetaraan gender, kita dapat membuka jalan bagi wanita bukan sahaja untuk berjaya tetapi juga berkembang dalam industri.

Sudah tiba masanya untuk menggabungkan sepenuhnya potensi semua profesional dan mencipta sektor yang benar-benar inklusif serta pelbagai yang mendapat manfaat daripada bakat juga sumbangan semua, tanpa mengira jantina.

Penyediaan platform perlu bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara, mendaya upaya peranan semua pihak dalam usaha memperkasakan wanita, menyebar luas maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan wanita dan mempamerkan komitmen kerajaan dalam mengarusperdanakan kepentingan gender.

Inisiatif oleh Women in Logistics and Transport (WiLAT), The Chartered Institute of Logistics and Transport, Malaysia (CILTM), Women in Aviation Asia (WCAA), Centre of Women and Advancement Leadership (CWAL), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia, Women in Aviation (UniKL), Balai Ikhtisas Malaysia dan HAWA Malaysia telah menganjurkan Simposium Inspireher: Women’s Unity in Logistics and Transport dengan tema Inspire Inclusion: ‘We Inspire, We Impact’ bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2024.

Perasmiannya dilakukan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi HAWA Malaysia yang dalam ucapannya menyatakan bahawa statistik menunjukkan peratusan wanita dalam industri logistik dan pengangkutan telah meningkat secara stabil.

Menurut laporan Forum Pengangkutan Antarabangsa, perwakilan wanita dalam industri telah meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2010 kepada 25 peratus pada tahun 2020. Walaupun kemajuan ini memberangsangkan, masih banyak kerja dan perancangan perlu dilakukan.

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk terus mendorong persekitaran yang menyokong dan menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang ini. Dengan memberdayakan wanita dalam logistik dan pengangkutan, kita tidak hanya mempromosikan kesamarataan jantina tetapi juga mendorong inovasi dan produktiviti dalam industri. 

Menurut Prof Ts Dr Muhammad Zaly Shah, Presiden CILTM, simposium dengan tajuk Empowering Women in Professional Bodies telah dibentangkan oleh empat ahli panel daripada badan profesional dan enam anugerah telah disampaikan kepada ikon wanita yang cemerlang dalam kepakaran masing-masing. 

Anugerah-anugerah tersebut ialah Women in Aviation, Women in Maritime, Women in Rail, Women in Land Transport, Women in Logistics: Entrepreneurship and Empowerment dan Women in Leadership and Advancement.

Selain itu, pameran reruai (booth) dan perniagaan mikro usahawan wanita menjadi tumpuan inklusif sebagai inspirasi kepada kaum wanita untuk terus gemilang. 

Kita sering kali melihat bidang industri didominasi oleh lelaki tapi kini ia mengalami perubahan yang signifikan dengan semakin ramai wanita memegang peranan penting. Kepentingan kepelbagaian gender dan inklusiviti dalam pelbagai sektor serta kesan pentingnya terhadap kejayaan dan inovasi industri.

Dengan memberdayakan dan menyokong wanita dalam industri ini, kita dapat mendorong kepelbagaian dan inklusiviti serta mencipta persekitaran yang lebih adil yang mengambil berat terhadap potensi penuh semua profesional tanpa mengira jantina.

Pengikitirafan kepelbagaian gender dalam industri adalah penting untuk memahami bahawa memberdayakan wanita seperti dalam logistik dan pengangkutan melampaui sekadar meningkatkan jumlah pekerja wanita.

Ia melibatkan penciptaan persekitaran inklusif yang menyaksikan wanita dihargai, dihormati dan diberikan peluang yang sama untuk pembangunan kerjaya dan peranan kepimpinan.

Marilah kita bersama-sama memperjuangkan dan memperkasakan kaum wanita untuk mencipta kecemerlangan yang lebih inklusif. Bersama-sama, kita terus memberdayakan wanita dalam pelbagai sektor untuk terus dijulang ke arah pembangunan masyarakat madani yang gemilang.

Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia, CILTM

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia