RUU 355: Kerajaan Lebih Wajar Kemukakan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berpandangan bahawa kerajaan adalah pihak yang lebih wajar mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan. Berkenaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan, IKRAM pernah menyatakan pandangan mengenainya pada 11 Mei 2014, yang antara lain menyarankan empat langkah awal […]
RI1619: IKRAM umum tiga kluster dalam struktur JKP
SHAH ALAM – Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad hari ini telah mengumumkan tiga kluster baharu dalam struktur Jawatankuasa Pusat (JKP) bagi menjayakan pelaksanaan Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI1619) ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras (PAT 2016) di sini hari ini.
Kemuka solusi praktikal kepada permasalahan negara – Dr Parid
SHAH ALAM – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif untuk mengemukakan solusi yang praktikal kepada permasalahan masyarakat dan negara menerusi idea, polisi dan cadangan penyelesaian yang dibangunkan oleh kumpulan-kumpulan pakar dalam memacu perubahan, kata Presidennya, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Tiada istilah pencen dalam berdakwah
SHAH ALAM – “Tidak ada istilah pencen atau berehat dalam melaksanakan tugas ini, perlu kita lakukan mengikut kemampuan masing-masing dengan bersungguh-sungguh,” tegas Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dalam Ucapan Dasar yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr Hafidzah Mustakim semalam.
Isu keselamatan haji: NGO pertahan Tanah Suci, kecam Iran
KUALA LUMPUR – Gabungan 18 NGO mengambil pendirian mempertahankan keamanan dua Tanah Suci daripada ancaman keganasan Syiah dan mengecam tindakan Iran yang enggan menandatangani minit persetujuan bagi pengurusan ibadah haji musim ini seterusnya menyatakan sokongan kepada pentadbiran haji oleh Arab Saudi.
Kreatif: Edar air mineral percuma sebar mesej positif
SEREMBAN – Sekumpulan anak muda yang diberi nama Seremban Prihatin bertindak kreatif apabila buat julung kalinya berjaya mengedarkan sejumlah air mineral percuma bersama pelekat bermesej positif pada Selasa lalu di perkarangan Stesen Komuter Seremban.