Kreatif: Edar air mineral percuma sebar mesej positif

Kumpulan ini mula dirancang minggu yang lalu oleh beberapa belia yang ingin menyampaikan khidmat dan mesej yang membaikkan masyarakat. Lalu kami berjaya mengumpulkan kurang 10 orang sukarelawan untuk projek khidmat sulung ini,” ujar aktivis Seremban Prihatin, Kamarul Muluk. 

Menurutnya pemberian sebotol air mineral percuma pada asalnya adalah untuk menghilangkan dahaga penumpang komuter yang pulang bekerja, terutamanya ketika musim panas yang masih terasa kini kerana itu program ini digelar Thirst-Out (membuang dahaga).

“Sebanyak 130 botol berjaya diedarkan dalam program ini yang ditampal pelekat mengandungi mesej, agar masyarakat juga mendapat kesedaran lalu berubah dan mengubah.”

    

Mesej yang diguna pakai ialah memberikan keutamaan tempat duduk di KTM, LRT dan bas kepada yang lebih memerlukan seperti ibu mengandung, warga tua, wanita beranak kecil dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Bukan mudah untuk kami sampaikan mesej tersebut. Mungkin kerana mereka janggal dengan kemunculan kami.”

Selain itu, Seremban Prihatin turut merancang menganjurkan beberapa siri Thirst-Out dan Charity/Service Works untuk program yang akan datang.

“Perubahan dan kesedaran dalam masyarakat memerlukan kebersamaan kita semua. Justeru dengan terlaksananya program sulung kami semalam, kami berharap kesedaran dapat terus diterapkan.”

YDP IKRAM Daerah Seremban, Tuan Haji Wahiduddin Mohd Aris turut hadir dalam program ini.

Seremban Prihatin adalah inisiatif sekumpulan anak muda yang terdiri daripada aktivis Belia IKRAM Daerah Seremban untuk menyampaikan mesej positif dan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan.

Sumber: Seremban Prihatin | Belia IKRAM Seremban

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia