Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Satu (Menerajui Masyarakat Madani) yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Hj Zaid Kamaruddin, Kluster Dua (Orang Muda) diketuai Naib Presiden, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Kluster Tiga (Modal Insan) diketuai Naib Presiden, Ustaz Hj Burhanuddin Lukman.
“Ketiga-tiga kluster diwujudkan untuk tujuan penyelarasan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dikenalpasti untuk menjayakan RI1619,” kata beliau yang turut mengetuai Pejabat Presiden yang terdiri daripada Unit Pembangunan Sistem dan Unit Antarabangsa.
Tambah beliau, JKP telah meluluskan cadangan Penstrukturan Semula Ibu Pejabat IKRAM yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu melalui pelantikan Hj Nordin Shafie sebagai Ketua Pegawai Operasi (KPO) berkuatkuasa 1 Mei 2016 dan struktur baharu kakitangan dengan tempoh percubaan selama enam bulan.
Antara peserta Ahli Teras yang hadir PAT 2016
Di samping itu, beliau turut menyeru semua Jawatankuasa IKRAM Negeri dan Daerah agar bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan RI1619 dengan menentukan bidang-bidang fokus kegiatan mereka sepanjang tahun berasaskan strategi mereka sendiri yang berpadanan dengan keupayaan dan potensi-potensi yang dimiliki.
Dr Parid juga mengingatkan supaya meneruskan kegiatan dalam bidang-bidang “business as usual” seperti kegiatan tarbiah dan peningkatannya untuk para ahli IKRAM yang perlu dijayakan penuh kerajinan dan pengorbanan agar jumlah pendokong bertambah besar dan kualiti mereka terus meningkat.
“Jumlah yang semakin membesar dan kualiti yang berterusan meningkat menjadikan organisasi IKRAM bertambah kuat, bertambah luas santunannya dan bertambah besar kesannya dalam negara dan kepada masyarakat,” jelasnya.