Isu keselamatan haji: NGO pertahan Tanah Suci, kecam Iran

“Kami sepakat mengecam segala perancangan jahat puak-puak Syiah yang telah terbukti jenayah mereka dalam liputan sejarah tragedi berdarah semasa musim haji sejak tiga dekad lalu,” kata jurucakap gabungan, Ustaz Shahrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Belia Muslim Sedunia (WAMY) Malaysia ketika sidang media bagi mempertahankan keamanan dua tanah suci itu daripada ancaman Syia di sini Khamis lalu. 

Tambah beliau, hal-hal ini merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan dipandang remeh sedang Allah azza wajalla telah memberikan amaran kepada sesiapa yang berniat melakukan kejahatan di Bumi al-Haram.

“Kami sangat dukacita dengan siri-siri insiden berdarah yang telah berlaku hasil dari kekacauan yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi apabila ia turut mengorbankan nyawa jemaah haji Malaysia seperti mana yang telah terjadi pada musim haji lepas (1436H/2015) di Mina,” kata beliau.

Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa provokasi dan tuduhan yang akan dibuat jemaah Iran dan insiden berdarah semasa musim haji akan berulang lagi disebabkan perancangan sebahagian puak Syiah.

Jelasnya lagi, pihak mereka juga mengecam tindakan Iran yang enggan menandatangani minit persetujuan bagi pengurusan ibadah musim 1437H yang mana minit persetujuan ini adalah tanda asas mewakili suara wakil-wakil dunia Islam dalam usaha sama memastikan kemananan para jemaah haji dan kelancaran ibadah yang bakal dilaksanakan.

Difahamkan bahawa punca kerajaan Iran enggan menandatangani persetujuan itu berikutan tidak dapat menerima beberapa syarat yang dikeluarkan Arab Saudi khususnya berkaitan keselamatan jemaah menyebabkan negara menghantar aduan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa dakwaan Arab Saudi menafikan hak jemaah haji Iran dengan menggunakan platform mereka sebagai hak asasi.

Gabungan NGO tersebut turut menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Raja Salman Abdul Aziz dalam mentadbir urus perjalanan haji umat Islam pada tahun ini dan tahun-tahun yang berikutnya bagi memelihara kesucian Tanah Suci.

“Ia juga demi keselamatan para jemaah haji daripada ancaman-ancaman berdarah Syiah yang merupakan iktikad agama mereka dan iktikad ini jelas termaktub dalam kitab-kitab mereka berkenaan kepastian menghancurkan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga Kaabah serta menumpahkan darah kaum muslimin selain daripada mereka,” kata Ustaz Shahrin.

Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) se-Malaysia diwakili oleh sebilangan besar para ilmuan, para pendakwah, pemikir Islam serta aktivis-aktivis kebajikan antaranya WAMY Malaysia, Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), Ikatan Alumni Pelajar Arab Saudi (IAS), Pertubuhan Al-Khaadem (AL-KHAADEM), Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa (AL-NIDAA) dan Persatuan Al-Islah Perlis (ISLAH).

Turut menyatakan sokongan adalah Pertubuhan Kebajikan Al-Miezaan, Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Yayasan Ta’lim Kuala Lumpur, Ilmu Salaf Dot Com (ISDC), Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka (IBH), ARR Sunnah Management, Pengurusan Dakwah Islamiah (Malaysia 2020) Sdn Bhd dan Bahagian Hubungan Antarabangsa Mercy Mission Malaysia.

Dalam sidang media tersebut, IKRAM diwakili Ustaz Abd Haris Bain yang membacakan kenyataan akhbar dalam bahasa Arab. Turut hadir YB Dr Fathul Bari Mat Jahaya, Yang Dipertua iLMU serta Ustaz Fathul Rahim Temyati dan Ustaz Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah mewakili Jawatankuasa Ulama IKRAM dan wakil NGO-NGO yang lain.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia