Kemuka solusi praktikal kepada permasalahan negara – Dr Parid

“Inisiatif ini terlebih dahulu menuntut penyediaan negara dan masyarakat dengan pelbagai kumpulan pakar bidang yang terlatih dan bersedia untuk turun padang memberikan sumbangan terbaik mereka bagi mengkhidmati masyarakat dan negara serta menyelesaikan permasalahannya,” jelas beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras (PAT 2016) di sini hari ini. 

Selain itu tambahnya, IKRAM turut menggiatkan pelaksanaan aktivisme yang relevan menerusi peningkatan penglibatan aktif dengan masyarakat umum, agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak di seluruh pelosok negara.

Menurut beliau, inilah bentuk-bentuk penglibatan yang perlu dilakukan bagi membangunkan kesepakatan dan kerjasama yang telus lagi membina dan mengatasi pelbagai masalah dan cabaran yang sedang dihadapi masyarakat dan negara ke arah membangunkan sebuah negara yang makmur, berkembang maju dan menyantuni semua rakyatnya.

Beliau turut menyeru ahli IKRAM supaya memainkan peranan dan tanggungjawab kepemimpinan masyarakat di semua peringkat.

“Ia dapat berlaku menerusi inisiatif proaktif dan respons yang cepat kepada isu-isu semasa yang tercetus dalam masyarakat dan negara supaya kita dapat membimbing mereka semua dalam mendepani semua isu tersebut dengan menampilkan kebijaksanaan, ketepatan dan pertanggungjawaban,” jelasnya lagi.

Dalam PAT 2016 yang bertemakan “Ahli Teras Pemacu RI1619”, beliau mengingatkan kepada semua Ahli Teras tentang tanggungjawab khas yang perlu dipikul bersama-sama.

“(Iaitu) tanggungjawab perjuangan bagi mengangkat kedudukan umat dalam negara dan di persada dunia, mendaulatkan syariah dalam kehidupan, menyantuni umat manusia dengan suluhan cahayanya serta memenangkan Islam agar memimpin dunia dan manusia sejagat,” tegas beliau.

  

Pelancaran Kempen Sejuta Harapan dan ‘soft launch’ Harmoni Nasional FM

Dr Parid juga menuntut Ahli Teras supaya mempunyai sikap kepedulian tahap tinggi bagi memacu Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI1619) sekuat-kuatnya serta mengerah tenaga dan keringat agar IKRAM dapat mencapai seluruh sasarannya menjelang tahun 2019 bagi memacu perubahan masyarakat dan negara, insya-Allah.

Beliau menyampaikan Ucapan Dasar kepada hampir 1,000 orang Ahli Teras dari seluruh negara yang hadir dalam PAT 2016 pagi tadi di The Space Grand Ballroom di sini. Selesai berucap, beliau melancarkan Kempen Sejuta Harapan inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF). Majlis turut diserikan dengan soft launch radio Internet, Harmoni Nasional FM dengan tema “Suara Rahmah Anda”.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia