Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga

Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai agar tidak ada mana-mana individu yang mengambil kesempatan ke atas mereka. Justeru itu Wanita Ikram Melaka telah menganjurkan satu program bersama Ikram Junior Melaka yang bertajuk ‘Anakku…Dirimu terlalu bahagia” bertempat di Masjid Al Alami, Ayer Keroh Melaka pada 12 March 2016 yang lalu. Seramai 132 orang kanak-kanak yang berumur antara 7 – 12 tahun hadir. Yuran paling minima dikenakan iaitu sebanyak RM10 seorang.
Futsal eratkan ukhuwah remaja

Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat. Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di gelanggang futsal Batu Berendam Melaka. Perlawanan ini dihadiri oleh 15 remaja antara 13 – 17 tahun. Peluang bersama ini digunakan untuk peserta saling mengenal dengan lebih dekat […]
Strategi cemerlang SPM bersama XCELL

KUALA LUMPUR – Menjadi strategi kecemerlangan akademik sebelum menghadapi peperiksaan SPM, para peserta dalam program XCELL 2016 diharapkan dapat membuka minda tentang peluang kerjaya dan kepentingan bersama masyarakat serta menyelongkar kehebatan ilmuan Islam.
IKRAM jalin hubungan, persefahaman dengan Wisma Putra
PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melakukan kunjungan hormat ke Wisma Putra di Putrajaya pagi tadi bagi membina hubungan dan mendapatkan khidmat nasihat, terutama dalam urusan-urusan yang dijalankan di luar negara.
Sertai Walk4Humanity, bantu kanak-kanak OKU Palestin, Syria

SERI KEMBANGAN – Walk4Humanity kali ketiga bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad, 10 April 2016 dengan harapan untuk membiayai tangan dan kaki palsu serta kerusi roda untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) akibat konflik dan peperangan di Syria dan Palestin.
IKRAM Condemns The Deadly Attack In Ankara, Turkey

Press Statement
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
16th March 2016
IKRAM Condemns The Deadly Attack In Ankara, Turkey