Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga

dirimu terlalu berharga 14

 

dirimu terlalu berharga 1dirimu terlalu berharga 3

Dr Maimunah Fadzil, pakar sakit puan Hospital Melaka yang juga merupakan Ketua Wanita Ikram Melaka sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak. Beliau menceritakan bagaimana hebatnya proses penciptaan manusia melalui proses perkembangan janin dalam rahim ibu, proses kelahiran dan proses tumbesaran bayi ke kanak-kanak sehingga menjadi manusia yang begitu sempurna sifat.  Semuanya diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran surah At-Tin ayat 4: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Dr Maimunah juga memberitahu anak-anak peserta tentang adab sopan ketika mereka berada di rumah seperti mengetahui masa yang sesuai untuk masuk ke dalam bilik ibubapa mereka serta ketika bergaul denga adik beradik yang berlawanan jantina. Anak-anak peserta juga didedahkan pengetahuan tentang hak diri sendiri. Antaranya terdapat tiga bahagian tubuh mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain iaitu kemaluan, punggung dan dada.  Perkara ini penting untuk mereka ketahui agar apabila ada orang yang tidak mereka kenali atau juga orang yang mereka kenali dengan rapat ingin menyentuh bahagian larangan ini, mereka sudah tahu bahawa mereka sedang mengalami gangguan seksual. Justeru itu terdapat tiga langkah yang perlu mereka lakukan apabila ada orang ingin melakukan perkara yang tidak diingini iaitu jerit dan katakan jangan sentuh mereka, lari dan beritahu hal itu kepada orang dewasa lain seperti ibu bapa atau guru mereka.

dirimu terlalu berharga 6

dirimu terlalu berharga 7

Semasa penerangan dari Dr Maimunah, beliau mengajak anak-anak peserta menghayati Al-Quran dengan meminta mereka membuka Al-Quran mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan isi ceramah.  Anak-anak peserta didedahkan lebih awal lagi untuk sentiasa membaca Al-Quran dan membaca maknanya.  Ini merupakan satu pengalaman yang berharga kepada anak-anak peserta yang masih kecil lagi.

Penyampaian diselang seli dengan aktiviti kumpulan – Ekspresi dirimu yang dipenuhi dengan permainan dan kuiz yang dikendalikan oleh 6 abang-abang dan 8 kakak-kakak fasilitator yang terdiri daripada remaja Ikramteens Melaka. Suasana begitu riuh rendah apabila mereka melakukan aktiviti berkumpulan ini menunjukkan anak-anak peserta ini begitu gembira dan ceria sekali berada dalam program ini.

dirimu terlalu berharga 8

dirimu terlalu berharga 4

dirimu terlalu berharga 5

dirimu terlalu berharga 9

Slot terakhir disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di Melakan iaitu Saudara Hanuar Talib yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Long.  Dia mengendalikan slot bertajuk “Anak-anak Osem”.  

dirimu terlalu berharga 11

dirimu terlalu berharga 13

Dr Maimunah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz kumpulan ekspresi dirimu serta cenderamata kepada fasilitator yang diketuai oleh saudara Amir Shouqqie.  Anak-anak peserta juga dilatih untuk solat dhuha dan juga solat zohor secara berjemaah.  Tahniah kepada Ikram Junior Melaka yang telah berjaya menganjurkan program yang meliputi aspek ilmu dan juga latihan amali ibadah kepada anak-anak yang masih kecil ini.  Sambutan hebat diberikan kepada masyarakat kepada program ini dengan bilangan peserta yang melebihi sasaran awal.  Antara komen ibubapa ialah program ini bagus untuk mengisi masa lapang anak-anak di masa cuti sekolah dan mereka akan menghantar anak mereka ke program Ikram Junior pada masa akan datang. Anak-anak bergitu seronok dan teruja di sepanjang program. Semoga program ini memberi maklumat yang penting kepada anak-anak untuk menjaga diri mereka ke arah hidup yang lebih bermakna.

dirimu terlalu berharga 12

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia