IKRAM jalin hubungan, persefahaman dengan Wisma Putra

IKRAM diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Pengurus Besar Hidayah Centre Foundation, Hj Abdul Rahman Kassim. 

Delegasi IKRAM tiba di Wisma Putra sekitar jam 10.00 pagi untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam Wisma Putra, Dato’ Misran Karmain dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Asia Barat, Encik Zamshari Shaharan.

Hj Kamarul Zaman yang juga merupakan Pengurus Pejabat Presiden IKRAM mengambil kesempatan untuk menjelaskan secara ringkas struktur IKRAM dan aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM serta semua institusi dan agensi di bawahnya.

    

Pertemuan IKRAM dengan Dato’ Misran dan Encik Zamshari

Penglibatan aktif IKRAM melalui MyCARE dalam misi-misi bantuan kemanusiaan di Palestin, Syria, Filipina, Nepal, Eritrea dan negara-negara lain tanpa mengira sempadan agama dan bangsa menarik perhatian pihak Wisma Putra sehingga mencetuskan ruang kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan IKRAM, terutamanya dalam isu-isu kemanusiaan.

Dato’ Misran menasihatkan agar setiap misi yang dijalankan oleh MyCARE atau Hidayah Centre dimaklumkan kepada pihak Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di negara terbabit, selain mencadangkan kerjasama dengan NGO tempatan supaya misi dapat berjalan lebih lancar dan selamat.

Turut hadir dalam pertemuan lebih dua jam tersebut adalah Pengurus Jabatan Penerangan dan Media IKRAM, A. Ralim M. Yassen, Eksekutif Kanan JKPA IKRAM, Noorsyazly Rameli dan Pegawai Kanan Perhubungan Awam Wisma Putra, Puan Wan Azizah Wan Omar.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia