Hari Raya: Tip untuk suami muda yang baru berkahwin
Wahai Suami Muda Yang Baru Berkahwin
(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampungnya)
1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampung rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya.
Doa munajat di medan Rabi’ah al-Adawiyyah
Berikut adalah doa rakyat Mesir yang bermunajat pada malam 27 Ramadhan di dataran Rabi’ah al-Adawiyyah, Kaherah:
Ya Allah, aturlah urusan kami, realisasikan kemenangan kami, bukalah jalan keluar untuk kami, peliharalah darah kami, peliharalah negeri kami, bantulah Mursi, Presiden kami, jadikanlah untuknya dari sisi-Mu kekuasaan yang dibantu.
Mesir: IKRAM sertai himpunan bantah kudeta
KUALA LUMPUR – Sekitar 2,000 anggota PAS, IKRAM dan NGO-NGO lain menyertai Himpunan Solidariti Rakyat Mesir menuju Kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi.
ECONSAVE sumbang RM100,000 bantu rakyat Palestin
BANGI – Pasaraya ECONSAVE menyerahkan sumbangan Palestin berjumlah RM100,000 kepada Aqsa Syarif dan juga baucer pembelian kepada rakyat Palestin di Malaysia dalam majlis penyerahan di pasaraya cawangan itu di sini semalam.
Kenyataan Media Pertubuhan Wanita Malaysia mengutuk keganasan di Mesir
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA MALAYSIA
KUTUKAN TERHADAP KUDETA TENTERA DAN KEGANASAN KE ATAS PENUNJUK PERASAAN PRODEMOKRASI DI MESIR
28 Julai 2013 / 19 Ramadan 1434
Kami, pertubuhan-pertubuhan wanita Malaysia, menghulurkan takziah kami kepada keluarga wanita, kanak-kanak dan orang lelaki yang telah dibunuh semasa demonstrasi prodemokrasi yang menentang kudeta tentera di Mesir yang sedang berjalan kini.
Kanak-Kanak Maut Dalam Kereta: Adakah Kebajikan Ahli Keluarga Kita Terpelihara?
KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
KANAK-KANAK MAUT DALAM KERETA: ADAKAH KEBAJIKAN AHLI KELUARGA KITA TERPELIHARA?
23 JULAI 2013
Wanita IKRAM ingin merakamkan ucapan takziah kami kepada keluarga adik Nawal Iris Samsudin, kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati beberapa hari lepas di Subang Jaya akibat kepanasan selepas tertinggal di dalam kereta.