ECONSAVE sumbang RM100,000 bantu rakyat Palestin

Sumbangan tersebut adalah hasil derma rakyat Malaysia melalui tabung-tabung Aqsa Syarif yang diletakkan di kesemua 53 cawangan ECONSAVE seluruh Malaysia sejak pelancaran Tabung ECONSAVE Bersamamu Palestin pada 25 Jun lalu.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengurus Operasi ECONSAVE Bahagian Selatan, Encik Mas Imran Adam kepada Pengurus Besar Aqsa Syarif, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar. Turut hadir Dr Faizul Amri Adnan, Pengurus Aqsa Syarif Johor, rakyat Palestin di Malaysia, para aktivis Aqsa Syarif dan juga para pengunjung pasaraya.

Foto: Mas Imran, Kamarul Zaman dan hadirin

Baucer pembelian ECONSAVE berjumlah RM150 telah diserahkan kepada 50 rakyat Palestin yang dipilih Aqsa Syarif, supaya mereka dapat membeli barangan keperluan harian mereka sepanjang baki Ramadhan di Malaysia dan juga sebagai persiapan menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan.

Mas Imran dalam ucapannya menceritakan sejarah kerjasama Aqsa Syarif dan ECONSAVE dalam membantu rakyat Palestin berkata, “Kerjasama ECONSAVE dan Aqsa Syarif telah bermula sejak dari tahun 2010 lagi, bermula dari Cawangan ECONSAVE Senai Johor, sehingga sekarang, melihat sambutan yang amat menggalakkan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, kami telah melancarkan di kesemua 53 cawangan ECONSAVE seluruh Malaysia.”

Tambahnya, Tabung ECONSAVE Bersamamu Palestin menjadi platform kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan ECONSAVE yang cintakan keamanan dan prihatin dengan kesengsaraan rakyat Palestin untuk membantu meringankan beban mereka di sana.

ECONSAVE mensasarkan penajaan 1,000 set Ramadhan Food Pack, setiap set berharga RM300, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan melalui Aqsa Syarif kepada keluarga miskin di Palestin. Sehingga minggu ketiga Ramadhan, ECONSAVE telah berjaya mengumpul sebanyak RM100,000 sebagai serahan pertama kepada Aqsa Syarif.

Foto: Hadirin, penyerahan baucer dan aktivis bersama kanak-kanak Palestin

Kamarul Zaman mewakili Aqsa Syarif dalam ucapannya menyatakan jutaan terima kasih kepada pihak ECONSAVE dan seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dalam Tabung ECONSAVE Bersamamu Palestin ini.

“Semenjak tahun 2010 hingga kini, Aqsa Syarif telah menyalurkan RM 17 juta kepada rakyat Palestin. Kami juga mensasarkan RM 4 juta lagi, khas untuk Ramadhan kali ini untuk disalurkan melalui Projek Ramadhan 2013 bersama Aqsa Syarif yang dirancang sebelum ini,” ujarnya.

Katanya, Misi Aqsa2Gaza18 yang dijadualkan berlepas pada 20 Ramadhan lalu ditangguhkan akibat keadaan tidak menentu di Mesir sekarang. Misi yang turut disertai oleh Mas Imran sendiri akan dirancang semula apabila Mesir kembali stabil.

Iringan doa seluruh rakyat Malaysia amat diharapkan agar Mesir kembali aman dengan kadar segera dan membolehkan Aqsa Syarif menghantar bantuan ke Palestin dengan selamat, insya-Allah.

Sumber: Econsave terus membantu rakyat Palestin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia