Mesir: IKRAM sertai himpunan bantah kudeta

Antara pimpinan IKRAM Pusat yang hadir dalam himpunan ini ialah Presiden, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Timbalan Presiden, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Naib Presiden, Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain.

NGO lain yang terlibat ialah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Pertubuhan Pemuda Gema Kebangsaan (GEMA), Aqsa Syarif dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS).

Foto: Di Tabung Haji, ucapan Syed Ibrahim dan perarakan di Jalan Ampang

Peserta himpunan berarak dari bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat melalui Jalan Ampang dan memasuki Jalan Ru menuju bangunan Kedutaan Mesir sejauh empat kilometer. Peserta himpunan membawa gambar Morsi dan pelbagai sepanduk sambil melaungkan takbir, “Hidup Islam”, “Hidup Morsi”, “Turun Sisi”, “Hancur Kudeta”, “Hancur Israel” dan sebagainya.

Pendekatan kedutaan Mesir sedikit berbeza di mana wakil PAS dibenarkan masuk menyerahkan memorandum. Pada perhimpunan bantahan kudeta pada 9 Julai lalu, hanya wakil-wakil NGO dibenarkan memasuki kedutaan.

Memorandum tersebut berjaya diserahkan kepada wakil kedutaan Mesir, Mr Yasser sekitar jam 3.10 petang di kedutaan di sini. Antara yang menyerahkan memorandum tersebut ialah Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Naib Presiden ABIM, Jufitri Joha dan Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Foto: Di Jalan Ru berhampiran kedutaan Mesir, ucapan Dr Parid dan kain rentang himpunan

Presiden IKRAM, Dr Parid berkata, antara isi kandungan memorandum tersebut ialah mereka mahu supaya tentera Mesir menghentikan segala tindakan kasar dan biadab kepada rakyat Mesir.

“Kita minta supaya tentera Mesir yang sudah merampas kuasa menghentikan semua tindakan tersebut, iaitu seperti membunuh dan menembak rakyat Mesir. Yang kedua, kita minta supaya dikembalikan semula jawatan Morsi yang telah dipilih secara demokratik sebagai Presiden Mesir,” katanya.

Beliau juga menggesa supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendirian dalam isu Mesir iaitu dengan membantah rampasan kuasa tersebut.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dibatalkan segala bentuk rampasan kuasa dan dilepaskan semua ahli politik Mesir yang ditahan secara tidak sah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia