Hari Raya: Tip untuk suami muda yang baru berkahwin

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampung anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. Oleh itu, pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampung ini untuk menghiburkan ibu, ayah dan adik-beradik di kampung.

Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampung anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda “budaya atau amalan” ibu, ayah, abang, kakak anda, adik anda semasa menyambut hari raya, agar dia boleh menggambarkan keadaan yang akan berlaku nanti.

Contohnya: Ibu anda akan bangun awal-awal ke dapur sebelum Subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun, tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak-anaknya pulang ke rumah, maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini.

2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untuk makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan menemaninya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan-kawan lelaki sekampung, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampung tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan-kawan lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat-cepat keluar bilik bertemu mereka bersama-sama. Jangan seorang melayan, seorang lagi dalam bilik, walaupun tetamu datang di luar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda.

2.8 Tempoh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah tiga malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu, akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki, tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalagi rumah kampungnya.

Cukuplah setakat ini.. Selamat menyempurna ibadah Ramadhan.

Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Director, Helping Boys Nurturing Girls Institute (Kolej UNITI)
Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia