“Masih Ada Yang Sayang” untuk fakir miskin Kuala Pahang
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2012/08/negeri_mays1.jpg)
PEKAN – Pada Jumaat 17 Ogos lalu, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin anjuran IKRAM Pahang dengan kerjasama PAS Kawasan Pekan bertemakan “Masih Ada Yang Sayang” diadakan di Markas PAS Kuala Pahang.
Hari Kesedaran Palestin di SMK Bukit Goh
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2012/08/negeri_hp1.jpg)
KUANTAN – Buat julung kalinya Hari Kesedaran Palestin telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh pada 10 Ogos yang lalu dengan kerjasama Alumni SMK Bukit Goh dan Aqsa Syarif. Program tersebut berjalan sepanjang hari bermula daripada pagi hingga ke malam.
3R IKRAMTeens ‘Ramadhan Menyegarkan!’
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2012/08/pusat_3r12-main.jpg)
KUALA LUMPUR – Program Remaja Raikan Ramadhan (3R 2012) telah diadakan pada 4-5 Ogos yang lalu merupakan sebuah program anjuran IKRAMTeens, IKRAM Lembah Pantai dan Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar yang mengumpulkan 120 remaja bagi meraikan Ramadhan bertemakan ‘Ramadhan Menyegarkan!’, diserikan dengan penampilan istimewa Imam Muda Asyraf, Dr Hafidzi Mohd Noor, Fatimah Syarha dan Bro Sham Kamikaze.
Perutusan Eidul Fitri Presiden IKRAM Malaysia
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2012/08/pusat_drparid3.jpg)
PERUTUSAN EIDUL FITRI PRESIDEN IKRAM MALAYSIA
SYAWAL 1433H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil hamd!.
Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, Pemilik Alam Semesta. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabah, tabi’in serta ummah yang meneruskan perjuangan yang Haq dengan ehsan hingga ke hari kiamat.
PERSISTEN 2012: Perkhemahan tarbawi pelajar Malaysia di luar negara
![](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2012/08/utama_persisten12-main.jpg)
HULU LANGAT – Pada 29 Julai – 1 Ogos 2012 bersamaan 10-13 Ramadan 1433H yang lalu, buat julung-julung kalinya Perkhemahan Tarbawi Siswazah Internasional (PERSISTEN 2012) telah dianjurkan untuk para pelajar yang menuntut di luar negara bersempena dengan percutian musim panas mereka.
Konvoi Ramadhan di Gaza ditangguhkan, bantuan tetap dilaksanakan
PEMAKLUMAN RASMI PENANGGUHAN MISI A2G8 & A2G9 Assalamualaikum wrt bth. Setelah mengucapkan syukur ke hadirat Ilahi dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan sesiapa jua yang menuruti jalan baginda sehingga akhir waktu, marilah kita memperbaharui azam dan janji untuk terus berada di atas jalan dakwah dan jihad yang penuh baroqah […]