Hari Kesedaran Palestin di SMK Bukit Goh

Antara pengisian Hari Kesedaran Palestin tersebut ialah pameran Palestin dan jualan buku, pakaian dan mafla Palestin yang juga merupakan projek ekonomi Alumni. Hari Kesedaran Palestin itu diceriakan lagi dengan kehadiran 120 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Goh yang turut serta memeriahkan hari tersebut.


Program kemuncak Hari Kesedaran Palestin ialah Forum Palestin yang membariskan tiga orang panelis iaitu Ustaz Alwi Muda, Badrul Hisham Mohd Daud (Aqsa Syarif Pahang) dan Azmi Katiman (Aktivis Aqsa Syarif Pusat) setelah semua tetamu dan pelajar berbuka puasa dan solat tarawih bersama.

Dalam forum tersebut beberapa perkongsian telah dilakukan antaranya Ustaz Alwi cuba membawa hadirin untuk melihat bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.  Suasana kesungguhan anak-anak Palestin dalam menuntut ilmu juga disentuh. Badrul Hisham pula menyentuh pengalaman beliau sendiri menyertai Global March to Jerusalem (GMJ) dari segi persediaan-persediaan yang perlu dibuat dan apakah yang telah beliau lakukan setelah kembali ke tanah air.

Azmi Katiman pula menyentuh pengalaman beliau menyertai delegasi ke Gaza, sikap dan pandangan orang bukan Islam terhadap isu Palestin dan apakah projek-projek yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Aqsa Syarif untuk Palestin. Beliau mengharapkan agar semua pelajar SMK Bukit Goh dapat menyumbang paling kurang untuk projek Back To School.

Dalam majlis itu juga diadakan penyerahan sumbangan Palestin oleh Encik Mohd Azmi Othman, pengetua SMK Bukit Goh kepada Azmi Katiman selaku wakil Aqsa Syarif. Sesi penerangan Palestin kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Goh diserikan dengan video Palestin, pengisahan Palestin dan pertandingan melukis isu Palestin.

Sambutan amat memberangsangkan dengan kerjasama warga SMK Bukit Goh. Jumlah kutipan yang diperolehi sepanjang program tersebut ialah RM1,078. Semoga kempen sebegini dapat memupuk kesedaran awal pelajar sekolah untuk berjuang membela bumi Palestin daripada penjajahan Zionis Israel.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia