Pulihkan masyarakat, bina generasi baru – Dr Parid
KUALA LUMPUR – Sebuah gerakan dakwah perlu mempunyai halatuju untuk memulihkan masyarakat umum dan membina generasi baru sebagai duat yang akan menggerakkan dakwah, kata Presiden IKRAM Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam ucaptama dan perasmian Muzakarah Dakwah Nasional 2012 pada Sabtu 31 Mac 2012 yang lalu.
Malam gemilang MyGMJ ledak momentum perjuangan
SHAH ALAM – Malam gemilang Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) di Stadium Malawati pada Jumaat 30 Mac 2012 yang lalu meledakkan momentum semangat juang lebih 10,000 hadirin untuk membebaskan bumi Baitul Maqdis dan Palestin sempena menyambut GMJ di seluruh dunia.
Lebih 10,000 banjiri MyGMJ
SHAH ALAM – Kemuncak program ‘Global March to Jerusalem’ peringkat Malaysia berlangsung di Stadium Malawati di sini pada Jumaat 30 Mac 2012.
Flash mob, konvoi meriahkan kempen MyGMJ
17 Mac 2012 – Johor Bahru
Kempen MyGMJ (Malaysia Global March to Jerusalem) peringkat negeri Johor telah diadakan di perkarangan pintu masuk timur Plaza Angsana Johor Bahru. Beberapa konvoi kereta dari daerah-daerah di Johor telah bergerak bersama semangat perjuangan Palestin menuju Plaza Angsana.
Tok Guru sambut konvoi GMJ
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah sudi menyambut ketibaan Konvoi Superbike Zon Timur sempena Global March to Jerusalem (GMJ) anjuran Aqsa Syarif Kelantan pada Sabtu 24 Mac yang lalu.
Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif sempena MyGMJ
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.
Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.