Malam gemilang MyGMJ ledak momentum perjuangan

Tiba waktu Maghrib, beribu-ribu hadirin telah hadir dan solat berjamaah di dalam stadium. Tidak lama selepas itu, majlis dimulakan dengan tayangan video pengenalan Palestin dan MyGMJ diikuti dengan gimik pembukaan oleh pelajar Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE), Subang Jaya sambil membawa bendera Palestin.


Majlis yang dikendalikan oleh pengacara Ally Iskandar dari TV3 dan Nurul Iman Dzulkefly dari TV Al-Hijrah berjaya mengekalkan tempo semangat hadirin untuk bersama-sama memeriahkan acara kemuncak MyGMJ hingga ke akhir.

Dalam ucapan pembukaan oleh Dr Tahir Abd Rahman, Pengerusi MyGMJ katanya, Baitul Maqdis (Jerusalem) adalah tanah pusaka warisan umat Islam, Kristian dan Yahudi untuk diperjuangkan pembebasannya oleh masyarakat dunia. Kata penutup beliau diikuti beramai-ramai oleh hadirin, “From the rivers to the sea, Palestine will be free.”

Selesai ucapan, melalui Aqsa Syarif, Dr Tahir menerima sumbangan kemanusiaan berjumlah RM25,000 untuk rakyat Palestin oleh Persatuan Kebajikan Mahabbah Malaysia diwakili Pengerusinya Puan Azzah Muyassarah Asat.

Hadirin seterusnya mengikuti rakaman ucapan George Galloway, Ahli Parlimen British di Bradford West yang lantang memperjuangkan pembebasan Palestin di peringkat antarabangsa.

Majlis diteruskan dengan persembahan Yasin dengan lagu Bismillah dan Nur Kasih dan ucapan Dr Musa Mohd Nordin, Timbalan Pengerusi MyGMJ merangkap Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM). Antara kata-kata akhir beliau yang bersemangat juga turut diikuti oleh hadirin, “Free free Palestine! Free free Palestine! Jerusalem don’t you cry! We shall never let you die!

Teriakan takbir, ucapan “Palestine Will be Free” dan “Free…Free…Palestine!” berulang kali bergema di seluruh pelusuk Stadium Malawati dengan plycard bertuliskan sokongan padu kepada rakyat Palestin dipaparkan dan bendera-bendera Palestin dikibarkan.

Dengan mengambil kira pelbagai peringkat golongan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin, pelajar sekolah rendah pula menyampaikan choral speaking. Persembahan pelajar SIMDE tersebut mengisahkan rintihan kanak-kanak Palestin yang kehilangan ibu bapa mereka yang dibunuh tentera Zionis Israel.

Menambahkan lagi rasa terharu pada malam MyGMJ, hadirin mengikuti rakaman ucapan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh sempena MyGMJ yang menghargai usaha rakyat Malaysia membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan tanah air mereka. Beliau turut berdoa supaya umat Islam akan kembali melawat Masjid Al-Aqsa setelah Palestin dibebaskan daripada cengkaman Zionis.

Majlis disajikan pula dengan persembahan tradisi rakyat Palestin iaitu tarian Dabka yang bertenaga oleh lima pemuda Palestin yang merupakan pelajar UIAM. Di peringkat sekolah menengah pula, hadirin dihidangkan dengan syarahan mengenai Palestin oleh dua pelajar SAMT Sultan Hishamuddin, Klang iaitu Tengku Nusaibah Tengku Shahrom dan Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom disertai lagu Sing Children of the World versi Palestin.

Kemudian, tiba giliran peringkat non-Muslim untuk memberikan syarahan, iaitu seorang pelajar Sains Politik dari Taylor’s University, Ooi Kok Hin. Menariknya, beliau yang beragama Buddha mengumpamakan penjajahan Palestin oleh Zionis sebagai sebuah rumah yang dirampas daripada tuannya dan perampasnya menghalau tuan rumah dan mendakwa beliaulah tuan rumah itu.


Menurutnya, isu Palestin bukan masalah agama saja, tapi juga berkaitan hak asasi manusia, dan tidak hanya ahli politik saja yang dapat menangani masalah Palestin tapi semua orang boleh melakukannya. Dengan nada bersemangat beliau berkata, kehadiran para hadirin dalam sambutan ini menunjukkan kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidaklah sendirian, bahwa ramai yang peduli kepada rakyat Palestin, dan ada jutaan manusia di seluruh dunia yang menyokong Palestin di samping menyeru rakyat Palestin supaya jangan menyerah.

Setelah itu, persembahan Mu’adz dengan lagu Aina Syababi dan Stand Up menambahkan rencah semangat hadirin. Kemudian, paluan gendang dan sorakan sekumpulan aktivis Palestin di kalangan pelajar UTM berkumandang di stadium seolah-olah mereka sedang menonton perlawanan bolasepak, memberikan sokongan kepada Palestin melalui lagu rasmi Piala Dunia 2010 dan Harimau Malaya versi Palestin dengan sorakan “Selamanya, selamanya, selamanya Palestina.”

Sajak Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) atau Pak Agi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertajuk Palestin juga menarik perhatian hadirin kerana persembahan sajaknya yang unik dan amat berbeza dengan penyajak yang lain. Sajaknya berlagu disertai dengan aksinya sambil bersajak.

Pelbagai gayanya yang menarik, adakala beliau menangis, mengeluh geram, adakala beliau ketawa, adakala serius dan sinis, adakala beliau bergerak dan menjatuhkan diri ketika bersajak menjadikan persembahan sajaknya hidup, tidak membosankan yang menggambarkan perasaan yang pelbagai dalam mengamati penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman Zionis Israel.

Sajak sinis pendek turut disampaikan oleh Santhira Morgan dari Serious Comedy Studio bertajuk “A Man Gonna Do is a Man Gonna Do”. Santhira juga mengumumkan persembahan teater arahannya akan diadakan pada Sabtu 7 April ini dengan kerjasama Hidayah Centre dan JAWI bertajuk Islamofobia di Dewan Muktamar JAWI, Pusat Islam.

Tiba giliran kumpulan nasyid Mirwana mempersembahkan lagu Bukti Cinta khas untuk rakyat Gaza. Persembahan mereka berhenti sebentar untuk beri laluan kepada siaran langsung ucapan wakil delegasi Malaysia ke GMJ di Amman, Jordan oleh Saudara Mu’az Roslan dan ketua delegasi, Saudara Norazmi Talib. Persembahan Mirwana diteruskan dengan lagu Manifestasi Cinta.

Pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik turut berucap mewakili golongan akademik, tentang pengalamannya ditemuramah wartawan NHK Jepun ketika berdemonstrasi selama dua minggu membela Gaza di London UK dalam serangan Israel ke atas Gaza pada hujung Disember 2008.

Ketika ditanya kenapa mereka pelajar Malaysia sanggup berdemonstrasi selama dua minggu, beliau memberikan dua jawapan iaitu berkaitan dengan hak asasi rakyat Palestin untuk bebaskan negaranya dan keprihatinan umat Islam dunia untuk membela umat Islam di sana. Menurutnya selepas kebangkitan di negara-negara Arab (Arab’s Spring), jutaan pemuda Islam di rantau Arab sudah hilang rasa takut pada Zionis Israel dan mereka sudah bersiap sedia untuk membebaskan bumi Palestin. Allahu Akbar!

Kemuncak acara pada malam MyGMJ tersebut ialah persembahan memukau Flash mob berupa lakonan imbas yang mengisahkan semangat masyarakat dunia melalui GMJ meruntuhkan keangkuhan Israel dan mengembalikan hak tanah yang dirampas kepada rakyat Palestin. Lakonan tersebut menggambarkan tentera-tentera Israel membunuh rakyat Palestin mulai dari anak-anak yang sedang bermain dan belajar di sekolah sehinggalah orang tua yang sedang menunaikan solat.

Kemudian, muncul sekumpulan manusia yang mengibarkan bendera Palestin (delegasi GMJ) mara berarak mengepung tentera-tentera Israel, dan akhirnya tentera Israel tertiarap tumbang tanda menyerah kalah. Lakonan tersebut diakhiri dengan nyanyian  lagu Maher Zain, Freedom secara beramai-ramai oleh semua artis, pemuda Palestin dan hadirin di stadium.

Semasa lagu tersebut dikumandangkan, para hadirin turut terharu dengan kenyataan salah seorang pemuda Palestin, “Kami datang ke sini, kami diberikan rumah dan layanan yang baik oleh anda. InsyaAllah, kami berjanji untuk memberikan rumah iaitu Masjidil Aqsa kepada anda apabila anda datang ke sana (Baitul Maqdis) nanti,” sebagai isyarat usaha mereka untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin supaya umat Islam seluruh dunia dapat melawat Masjid Al-Aqsa di kota suci itu.

Pengacara Ally Iskandar turut mengumumkan jumlah kutipan derma untuk Palestin malam tersebut hampir RM50,000. Majlis diakhiri dengan penuh gilang gemilang menjadi kenangan yang terindah buat semua penyokong dan pendokong perjuangan rakyat Palestin di Malaysia untuk membebaskan bumi mereka walau pun jauh beribu batu untuk ke sana.

Tahniah kepada sekretariat MyGMJ yang dipimpin Aqsa Syarif dan NGO-NGO Palestin yang lain atas penganjuran bersejarah ini! Teruskan momentum mendokong pembebasan bumi Baitul Maqdis dan Palestin.

Sumber foto:

1. Abu Ikram

2. Lotfi Al-Fikri

3.  Amir Farid

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia