Tok Guru sambut konvoi GMJ

Konvoi yang disertai 52 penunggang Superbike merupakan sebahagian dari program promosi GMJ yang akan diadakan di Amman, Jordan pada 30 Mac nanti. Konvoi telah memulakan pengembaraan dari Kuantan dan tiba di perkarangan Masjid Pulau Melaka tepat jam 6.00 petang.

Turut menyambut konvoi tersebut ialah YB Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Dr Shaarani Mohd Naim, YDP IKRAM Kota Bharu mewakili YDP IKRAM Kelantan dan Nik Kamarazaman Nik Yahya dari Aqsa Syarif Kelantan.


Dalam ucapan ringkasnya, YAB Menteri Besar menyebut sifat keji orang Yahudi yang menganggap manusia lain adalah hamba bagi mereka.  Beliau juga menarik perhatian hadirin bahawa isu Palestin ini bukan isu orang Arab sahaja  tetapi turut menjadi isu bagi orang Melayu kerana akidah yang sama.

Orang ramai telah membanjiri perkarangan masjid seawal jam 5.00 petang, terdiri daripada penduduk setempat, pelajar Madrasah Darul Anwar yang berdekatan serta ahli-ahli IKRAM Kelantan. Beberapa wakil dari Pertubuhan Misi Cakna Palestin turut hadir memeriahkan acara sambutan. Majlis berakhir dengan doa yang dibaca oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Kemuncak acara GMJ di Malaysia adalah pada 30 Mac nanti di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Orang ramai dijemput hadir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia