Rehlah Pemuda Hulu Langat himpun tenaga belia
HULU LANGAT – Pada Ahad 8 Januari 2012 yang lalu telah diadakan Rehlah Pemuda bagi IKRAM Hulu Langat di Sungai Manggis di sini. Antara objektif rehlah ini adalah untuk menghimpunkan dan meningkatkan ukhuwwah antara pemuda khususnya tenaga belia yang ada di daerah Hulu Langat di samping memperkenalkan IKRAM kepada pasangan-pasangan belia yang bukan ahli IKRAM.
IKRAM Kajang tawan puncak Broga
KAJANG – Bukit Broga terus menjadi pilihan ahli-ahli dan rakan-rakan IKRAM dalam pendakian amal menuju taqarub Ilahi. Telah ramai yang menyahut cabaran Broga ini kerana ia bukan sekadar keseronokan mendaki, tetapi di sebaliknya terselit unsur perancangan, kerja berpasukan (amal jama’i), mujahadah dan pastinya ukhuwah.
Ahli IKRAM dianugerah Tokoh Wanita Saudara Muslim Kebangsaan 2011
KUALA TERENGGANU – Ahli Aktif IKRAM Seberang Perai Utara Pulau Pinang, Puan Wardatul Iman Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Wanita Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 20111 oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha.
Majlis Penyampaian Amanat KRS MUSLEH ke perkhemahan di Indonesia
BANGI – Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Kontinjen Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH ke Perkhemahan KEMNAS II Pramuka JSIT Indonesia telah disempurnakan oleh Hajjah Kamaliah Nordin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM malam tadi di Sekolah Menengah Islam (SMI) Sri Al-Amin di sini.
Pusat STAM IKRAM mulakan operasi
KAJANG – Pusat Sijil Tinggi Agama Malaysia anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) atau ringkasnya Pusat STAM IKRAM (PSI) hari ini membuka pendaftarannya untuk pengambilan pelajar sesi 2012. Proses pendaftaran dilakukan di Tingkat Satu Apartmen Damai Mewah dekat sini, manakala kelas pengajian akan dijalankan di Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (INTISAR) di alamat 18, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah (berhadapan apartmen) bermula Jumaat ini.
Anwar tidak bersalah dan dibebaskan
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.