Majlis Penyampaian Amanat KRS MUSLEH ke perkhemahan di Indonesia

Beliau mewakili Prof Dr Omar Yaakob yang sedang berada di London. Turut menyampaikan amanat ialah Ust Megat Mohamed Amin selaku Penaung KRS MUSLEH dan Hj Ridzuan Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Turut hadir sama ialah Hj Abd Aziz Basri, Bendahari JK Pendidikan IKRAM, Puan Rohida, Pengetua SMI Sri Al-Amin Bangi, Puan Norain Hayyun, Bendahari JK Induk KRS MUSLEH, Hj Nazmi Abdullah, wakil PIBG Hira’, wakil Al-Ameen Serve serta tetamu jemputan.

krs musleh ke indonesiaDalam majlis ini, Al-Ameen Serve telah menyumbangkan 30 buah buku rujukan Tunas KRS MUSLEH sebagai cenderahati di sana. Seramai 28 pelajar KRS MUSLEH yang terdiri daripada SMI Al Islah Sungai Petani (3), SMI Hira’ Jeram (6), SMI Al Amin Bangi (4), SMI Hidayah Johor (6), SMI Aman Kota Bharu (5) dan SRI As-Saidiyyah Seremban (4) telah terpilih untuk mewakili kontinjen Malaysia ke KEMNAS II di Cibubur, Jakarta pada 11-14 Januari 2012. Seramai 4 orang pegawai pengiring turut serta bersama kontinjen ini yang diketuai oleh Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa.

Sekolah Sri Al Amin Bangi menjadi tuan rumah selama tiga hari bagi semua kontinjen berkumpul sebelum berlepas dari KLIA ke Jakarta pada petang ini. Tahniah kepada semua kontinjen KRS MUSLEH yang mewakili negara ke KEMNAS II. Doa dan sokongan padu mengiringi kontinjen KRS MUSLEH ke bumi perkhemahan Cibubur. Selamat pergi dan selamat pulang menimba pengalaman berharga menimba ilmu, membina iman dan menggerak amal di sana, sesuai dengan moto KRS “Ilmu Iman Amal Teras Pembentukan Generasi Rabbani”.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia